4 Perkara tersebut ialah :
i. Mengerjakan Solat
ii. Membaca Al-Quran
iii. Sentiasa berzikir
iv. Berdoa
Sedikit Pencerahan :
i. Solat sehari 50 rakaat
Mengerjakan atau menunaikan solat 5 waktu adalah wajib hukumnya. Nabi Muhd SAW telah dijemput Allah swt ke Sidratul Muntaha untuk dianugerahkan Solat. Pada asalnya Allah telah memerintahkan supaya umat Muhd (iaitu) kita menunaikan solat 50 waktu tidak 50 rakaat. Maka Nabi telah menerimanya kerana Nabi Muhd mampu untuk melakukannya.
Setelah Nabi Muhd menerima perintah tersebut maka Nabi Muhd bersama Jibrail as turun kebumi melalui pintu-pintu langit. Tetapi apabila sampai di langit yang ke-6 nabi bertemu semula dengan Nabi Musa dan Nabi Musa bertanya tentang apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Maka Nabi kita menjawab bahawa Allah telah memerintahkan umatnya (kita) menunaikan solat 50 waktu dalam sehari.
Kemudian Nabi Musa memberitahu bahawa umat kamu (Nabi Muhd) tidak mampu untuk menunaikan solat sebanyak itu. Kerana kita umat Nabi Muhd umat yang lemah tidak seperti umat Nabi Musa yang kuat berbuat amal ibadat seperti itu. Kemudian Nabi Musa berkata kepada Muhd, Wahai Nabi Allah Muhd pergi semula kepada Allah untuk meminta kurang. Maka pergi semula Nabi Muhd berjumpa Allah swt untuk meminta kurang sebanyak 10 kali, sehingga kali yang sepuluh(10) Nabi Muhd telah segan pada Allah untuk minta kurang.
Nabi Musa masih menekan Nabi Muhd untuk minta kurang sehingga Nabi Muhd berkata, kalau Aku masih meminta kurang apa umat Aku hendak amal lagi. Barulah Nabi Musa berkata, kalau begitu baiklah, ikutlah akan apa yang diperintahkan oleh Allah keatasmu.
Maksudnya : Perbanyakkanlah solat setiap hari iaitu solat Fardhu dan solat sunat sebanyak 50 rakaat setiap kerana inilah jumlah yang paling sedikit yang kita mampu lakukan setiap hari.
Solat Fardhu : 17 rakaat
Solat Sunat Rawatib : 18 rakaat
Solat Sunat Tahajud dan Witir : 5 rakaat
Solat Sunat Taubat : 4 rakaat
Solat sunat Hajat : 2 rakaat
Solat Sunat Tasbih : 4 rakaat
Semuanya berjumlah = 50 rakaat
ii. Membaca Al-Quran 100 ayat setiap hari
Al-quran boleh dibaca pada bila-bila masa terutama selepas Subuh dan selepas Asar. Al-Quran adalah zikir (mengingati Allah) yang paling utama. Sekiranya kita tidak membaca Al-quran, Ia akan menuntut pada kita di akhirat kelak kerana tidak membacaNya. Tidak membaca Al-quran seolah-olah kita tidak beramal denganNya iaitu tidak beramal dengan perintah Allah yang ada di dalamNya.
Menurut Ulama Al-quran akan lepas dari tuntutannya sekiranya kita dapat Khatam 2 kali setahun paling kurang. Sekiranya kita baca 100 ayat setiap hari kita boleh Khatam 6 kali setahun. Yang pentingnya hendaklah kita beramal dengan Al-quran dan belajar Al-quran sentiasa.
Tingkatan pembaca alquran : Setiap hari
1. Jutawan - baca 300 - 1000 ayat
2. Jayawan - baca 200 - 299 ayat
3. Setiawan - baca 100 - 199 ayat4. Pemelihara - baca 50 - 99 ayat
5. Yg ingat - baca 10 - 49 ayat
6. Lalai - 0 - 9 ayat
iii. Berzikir 1000 kali setiap hari
Allah swt telah perintahkan supaya kita senantiasa mengingatiNya dalam setiap keadaan dan setiap masa. Dengan cara berzikir adalah kaedah paling mudah untuk kita amalkan. Imam Al-Ghazali berzikir setiap hari 1000 kali, dan memang sebenarnya berzikir 1000 kali setiap hari adalah amalan paling rendah bagi alim ulama. Zikirlah (kalimah agung) apa-apa zikir yang kita pelajari dari Guru yang ikhlas yang kita pelajari dari mereka. Zikir kita hendaklah sampai kepada Nabi Muhd dan sampai kepada Allah.
Kaedah : Baca lepas Subuh 500 kali, lepas Asar 500 kali
a) 100 - Tasbiat, (Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah SWT.
b) 100 – Shalawat, (Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW.
c) 100 – Istigfar (Astaqfirullah hal ‘aziim) Tanda cinta kita pada diri
d) 100 – Laaillahailla anta subhanaka inni kuntu minazholimin (zikir Nabi Allah Nuh Alaihissalam atau Nabi Yunus) sebagai tambahan, tanda kita benar-benar bertaubat, memohon bantuan Allah dalam setiap apa bentuk usaha kita dan minta Allah mudahkan kerja Dakwah yang kita lakukan serta dapat menyatukan ummat.
e) 100 - Lailahaillallah - Menjadi cahaya petunjuk di akhirat kelak.
iv. Berdoa lepas solat dan amal Doa Masnun - 10 Doa
Nabi SAW. bersabda:
"Sesungguhnya setiap nabi memiliki doa yang digunakan untuk umatnya dan doanya dikabulkan. Akan tetapi, aku sengaja menyimpan doaku sebagai syafaat bagi umatku di Hari Kiamat kelak."
[Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhori dan Muslim dari Anas]
Kita hendaklah memahami maksud atau makna doa kita itu supaya kita bertambah khusyuk dan doa-doa yang banyak akan diterima oleh Allah. Walaupun tidak seberapa pandai berdoa ianya akan diterima oleh Allah yang Maha Mendengar. Allah akan makbulkan setiap doa kita walau tidak sekarang atau lain kali, tidak di dunia tapi di akhirat kelak.
Allah sangat suka sekiranya kita sentiasa berdoa dan meminta-minta kepada Allah swt kerana Allah yang Maha Menjadikan kita ini Hambanya. Tidak ada cara lain kecuali kita hendaklah bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah dan menghafal doa-doa yang wajib kita hafal.
10 Amalan Doa 1. Doa selepas solat – 10 isi doa
2. Doa Masnun – 8 doa sahaja
3. Doa Witir
4. Doa Selamat
5. Doa Tahlil
6. Doa Solat Tahajud
7. Doa Solat Dhuha
8. Doa Solat Isyraq
9. Doa Rawatib (Dari Doa Sujud)
10. Doa Sunat Taubat
Selamat beramal.