Tuesday, 8 September 2020

Istilah Syariat, Tarekat, Hakikat , Makrifat

Perkataan yang sering kita dengar tapi banyak orang yang belum faham tentang Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Namun ia akan diterangkan dengan perumpamaan, supaya ia boleh diterima secara logikal. 

Jadi yang dikatakan Syariat ialah sesuatu yang zahir atau sesuatu yang nampak. Sedangkan Tarekat itu ialah jalan, sesuatu yang ditempuh atau sesuatu proses. Sedangkan hakikat ialah dari kata hakiki sesuatu intinya, apa yang tersembunyi atau yang batin. Sedangkan Makrifat ialah bermakna kenal. Jadi kalau kita dapat mencakup semuanya, itu dikatakan Makrifat.

Contoh yang Syariat itu ibarat sesuatu makanan. Ada sepiring nasi di atas meja iaitu syariat kerana makanan itu kita nampak oleh zahir. Nampak dengan mata dan boleh dipegang dengan tangan. Yang dikatakan Tarekat ialah jalan atau proses untuk mencapai Hakikat. Tanpa Tarekat kita sulit untuk mencapai hakikat. Hakikat ialah benda yang ghaib, yang batin, yang tersembunyi atau hakiki iaitu rasa dari makanan itu. Iaitu samada manis, masam, pahit atau sebagainya. Tarekatnya ialah kita makan iaitu kita menjalani proses untuk makan makanan tersebut.

Apa yang terjadi kemudian ialah kita telan makanan tersebut dan kita menjadi kenyang. Rasa kenyang itulah yang dikatakan Makrifat. Untuk mendapat makrifat kita kenalah ada Syariat dahulu dan tetap akan menjalani proses tadi.

Contoh yang lain pula seperti solat. Solat itu ialah Syariat yang kita lakukan setiap hari. Tarekatnya ialah kita wuduk, rukuk, sujud, iktidal, kita baca ayat Al-quran dan sebagainya. Hakikat solatnya ialah yang kita perlu fahami iaitu Allah beritahu dirikanlah solat untuk mengingatiKu. Tujuan solat ialah untuk mengingati Allah, jika solat kita telah mencapai zikir (iaitu ingat Allah), tersambung kesedaran kita kepada Allah. Itulah yang dikatakan Makrifat kepada Allah (kenal hakikat solat). 

Sesungguhnya solat itu mencegah dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, jadi kalau dalam kehidupan kita, dapat hindari diri dari keji dan mungkar bermakna orang itu telah Makrifat solatnya. Solat nunggang-nungging maksiat jalan juga, keji dan mungkar jalan juga. Itu maknanya untuk mendapat solat yang Makrifat kita kena ada syariat dahulu dan tetap akan menjalani proses itu tadi. Dengan makrifat akan bertambah khusyuk solat itu.

Semoga yang sedikit ini boleh difahami.

Selamat beramal. 


No comments:

Post a Comment