Tuesday, 8 December 2020

Kekal di dalam Syurga

Penghuni Syurga mempunyai 5 sifat utama :

1. Tinggi seperti Nabi Adam (60 hasta) - Kejadian berlaku di pintu Syurga iaitu setiap langkahi kita membesar antara solat Zuhur hingga ke Asar

2. Usia seperti Nabi Isa - Usia antara 33 ke 34 tahun, seakan-akan dioleskan pada wajahnya dengan celak-celak yang indah sebagai menambahkan ketampanan wajah, kelihatan cerah dan penuh dengan kesucian pada wajahnya.

3. Tampan dan cantik macam Nabi Yusuf - Lebih cantik dari Nabi Muhammad kerana kecantikan Nabi Yusuf mengatasi kecantikan Zulaika

4. Suara seperti Nabi Daud (sangat merdu seperti bunyi tasbih malaikat Jibril) - Tidak ada perkataan yang lebih baik dalam syurga kecuali ucapan salam dan sejahtera. Mulut sentiasa berzikir dan akan terpegun mendengar zikir Nabi Daud.

5. Akhlak seperti Nabi Muhammad - Memakai pakaian dari sutera, hikmah, jujur, sentiasa memberi salam, menghormati ahli-ahli syurga yang lain dan ziarah mengziarahi (berbeza dengan kehidupan di dunia).

Muaz bin Jabal meriwayatkan Rasullah SAW pernah menyebut, “Penghuni-penghuni syurga nanti tidak mempunyai rambut (bulu) pada tubuh badannya dan tidak pula berjanggut, kecuali alis dan bulu mata pada bahagian muka. Ahli syurga tidak berasa sakit perut untuk membuang air besar dan air kecil, tidak meludah dan tidak berhingus.” Kesemua ini adalah kenikmatan sebagai penghargaan daripada Allah kepada ahli syurga.

Abu Hurairah pernah menyebut Rasulullah bersabda, “Kelompok pertama umatku yang akan masuk ke dalam syurga nanti, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Kelompok umatku selepas itu bagaikan bintang yang paling terang sinarnya di langit. Setelah itu umat manusia mempunyai tingkatan yang berbeza keadaannya. Mereka tidak kencing, tidak membuang air besar, tidak meludah mahupun mengeluarkan hingus. Sisir mereka diperbuat daripada emas dan perak. Peluh mereka berbau kasturi, semerbak bauan daripada kayu gaharu dan isteri-isteri mereka di kalangan bidadari syurga.”

Golongan wanita yang menyedari akan cantiknya bidadari-bidadari syurga yang akan menemani suami mereka nanti, secara tidak langsung mewujudkan sifat cemburu dan mengetahui betapa bernilainya amalan-amalan yang dilakukan di dunia untuk beroleh ganjaran syurga Allah pada Hari Akhirat nanti. 

Namun walaupun mereka tidak dapat memasuki syurga bersama suami mereka, wanita juga akan ditemani lelaki tampan yang dikurniakan Allah di syurga kelak. Di dalam riwayat yang lain, digambarkan setiap ahli syurga akan ditemani dua orang isteri yang sangat cantik, jernihnya segala tubuh badan mereka malah dapat dilihat betisnya disebalik daging mereka. 

Tiada pertengkaran dan permusuhan di kalangan bidadari kerana kegembiraan berada di dalam syurga dan mereka sentiasa bertasbih kepada Allah.

Di dalam syurga nanti penghuninya tidak akan tidur sebagaimana gambaran yang dinyatakan oleh Jabir bin Abdullah bin Abdullahn bin Abi Aufa, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidur-tidur itu saudara kepada kematian dan mati itu tidak akan berlaku di dalam syurga.” Penghuni syurga pada sepanjang masa akan merasai nikmat yang ada di dalamnya. 

Para ulama apabila ditanya bilakah waktunya untuk mereka tidur, mereka akan berkata orang mukmin hanya akan tidur apabila kembali menghadap Allah ketika berada di dalam barzakh kelak. Ketika itu akan dipertontonkan keadaan pada hari pertama berada di alam barzakh, dengan melihat waktu tenggelamnya mentari. Pada waktu itu manusia berada di dalam kejutan dan menyedari mereka belum lagi mendirikan solat atau membaca al-Quran. 

Kemudian malaikat memberitahu bahawa tidak lagi perlu bersolat, berzakat, haji dan segala amalan yang dituntut daripada mereka, maka tidurlah mereka bagaikan berada di malam pengantin baru.

Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment