Terdapat riwayat yang hanya menceritakan tentang perpecahan tanpa bahagian yang terakhir yang menyatakan “kesemua golongan memasuki neraka kecuali satu..”. Sebagai contoh, Nabi bersabda, “Sesungguhnya golongan Yahudi akan berpecah menjadi 71 atau 72 golongan dan orang-orang Nasrani akan berpecah menjadi 71 atau 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim. Hadis ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban dan al-Hakim, dan dikatakan Hasan Sahih oleh Tirmizi. Riwayat ini diterima melalui Muhammad bin Amir bin Alqamah bin Waqas al-Laithi dan di dalam kitab Tahzib at-Tahzib dinyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang diragui dari segi hafalannya. Ada ulama mengatakan, “Dia seorang yang jujur tetapi diragui dalam banyak hal”.

Mengikut Hadis ini jelas bahawa umat Nabi Muhammad ialah sehingga hari Kiamat. Mereka yang lahir selepas kelahiran Nabi Muhd ialah umat beliau. Bani Israel (agama Israel) juga umat Nabi iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi akan berpecah menjadi 71 golongan, Orang Nasrani akan berpecah menjadi 72 golongan dan Orang Islam akan terpecah menjadi 73 golongan. Golongan 73 ini semuanya ahli Neraka kecuali satu golongan masuk syurga iaitu individu yang mengamalkan Al-Quran dan Al-hadis iaitu dizaman turunnya Nabi Isa dan lahirnya Imam al-Mahdi.
Secara ringkas :
1. Yahudi - 71 golongan
2. Nasrani - 72 golongan
3. Islam - 73 golongan
Jumlah golongan Umat Nabi kesemua agama ialah 216 golongan. Setelah saya sedikit mengkaji melalui pemahaman dan kitab-kitab Alim Ulama serta internet, 216 golongan ini ialah pengikut-pengikut kumpulan Tareqah. Nabi memberitahu mereka semua sesat kerana mereka bukan orang Islam tetapi orang kafir yang mendakwa mereka ahli Syurga.
Daripada 216 golongan ini hanya 4 kumpulan Tarekat orang Islam yang ahli Sunnah wal Jamaah iaitu kumpulan Tarekat :
1. Tarekah Ghaziliyyah
2. Tarekah Ilmu Kalam
3. Tarekah Ilmu Napas
4. Tarekah Sifat 20
Selebihnya 212 adalah golongan tarekat yang sesat iaitu penyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka sesat kerana mendakwa Saidina Ali Karamallah hu Wajjah adalah sepatutnya menjadi Khalifah yang pertama tidak Abu Bakar radiallahu anhu.
Semoga kita mendapat petunjuk. Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment