Saturday, 10 October 2020

JUTAWAN AL-QURAN

Sekiranya kita hendak tahu kita ini jutawan ke tidak jutawan ke, cuba kita Musahabah :

Tingkatan pembaca alquran : Setiap hari

1. Jutawan - baca 300 - 1000 ayat

2. Jayawan - baca 200 - 299 ayat

3. Setiawan - baca 100 - 199 ayat

4. Pemelihara - baca 50 - 99 ayat

5. Yg ingat - baca 10 - 49 ayat

6. Lalai - 0 - 9 ayat

Dulu teringat belajar mengaji dengan ayah, sampai menangis kalau tidak dapat, itu pun belajar Huruf Hijaiyyah. Selepas itu belajar di sekolah agama dan belajar solat dengan Ibu.

Masa zaman kecil tidak fikir pun, Kalau ibu tidak suruh mengaji sampai bilapun tidak kenal huruf Mad. Bila sudah dewasa barulah ada kesedaran untuk belajar agama mengaji. Kalau ada sahabat yang pandai bolehlah belajar dengan mereka sikit-sikit. Baca pandai hukum pun pandai.

Maknanya kalau kita hendak jadi jutawan ini memang kena usaha, cari guru, beli buku tajwid, mahirkan hukum lima, hukum tiga, huruf mad, belajar taranum dan latih lidah. Kalau macam ini barulah betul. Ini karang pegang Al-quran terus baca, itu tidak boleh, harus belajar. Ingat senang ke hendak membaca quran tanpa guru. Kemudian menilai diri kita ini di tingkatan yang mana.

Ulama kata Syafaat Al-quran lebih hebat dari syafaat nabi kerana Al-quran akan sentiasa mendampingi kita sehingga membawa kita ke dalam Syurga. Kalau kita tidak beramal dengan Al-quran macamana hendak minta tolong dengan Nabi. Janganlah berat tulang untuk belajar. Kalau ada orang mengajak kita belajar Al-quran ikutlah atau pergilah. Bila tidak belajar syaitan kata, "Tidak apalah aku dah pandai. Belajar pun sama juga".

Kalau ada duit 10 ringgit boleh beli sikit sahaja, kalau ada 1juta duit, macam-macam boleh beli . Saya pun tidak mahir sangat membaca Al-quran kerana Tok Guru sudah meninggal. Sekadar renungan, takut-takut nanti tidak sempat bertaubat.


Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment