Tuesday, 8 December 2020

Kisah zikir Para Sahabat

1. ABU HURAIRAH r.anhu

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Allah azza wajalla berfirman; Aku sesuai prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam sekumpulan orang maka Aku akan mengingatnya dalam sekumpulan yang lebih baik dan lebih bagus darinya.

Jika ia mendekat kepada-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekat kepada-Nya satu hasta, jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah dari Al Amasy dengan sanad ini, namun dia tidak menyebutkan kalimat; Jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa. (HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, “Kekasihku (Nabi Muhammad saw.) telah mewasiatkan kepadaku tiga hal yang aku tidak akan meninggalkannya sampai aku meninggal dunia. Yakni berpuasa tiga hari di setiap bulan, shalat Duha, dan tidur setelah menunaikan salat Witir.” (H.R. Al-Bukhari).


2. AUF Al-ASYJAI r.anhu

Dalam suatu kisah seperti yang diceritakan, pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah SAW (diceritakan bahawa namanya Auf Al-Asyja’i) datang menemui baginda untuk meluahkan ujian yang telah menimpa keluarganya.

“Anakku ditawan musuh, ibunya pula sangat gelisah, apakah yang perlu aku lakukan?”

Saat itu tidak ada sahabat lain yang berharta boleh membantu dengan wang dinar kerana ramai yang sedang berada di medan perang. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan beliau dan isterinya memperbanyakkan sebutan “La haula wala quwata illa billah”. Yang bermaksud, “tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”.

Kedua suami isteri itu membanyakkan bacaan itu hinggalah anaknya tiba-tiba sampai ke rumah. Keadaan tersebut sangat mengejutkan. Rupanya anaknya terlepas daripada tawanan apabila diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Kalimah zikir hauqalah ini sangat besar ertinya kerana ia adalah tanda pengharapan seorang hamba kepada RabNya. Ia juga adalah pengakuan bahawa Allah Maha berkuasa dan tidak ada perkara yang mustahil jika Allah mahukan sesuatu terjadi.


3. SAIDINA ALI r.anhu

Aku mendapati ada orang berhujah dengan dalil Nabi S.A.W mengajar Saidina Ali R.A zikir "Laa Ilaha IllalLah" dengan lafaz :

"Ya Ali, apabila kamu menyebut 'Laa', tumpukan pada pusatmu, kemudian apabila menyebut 'Ilaha', toleh kepalamu ke kiri, dan apabila menghabiskan dengan 'IllalLah', habiskan dengan kepala kembali ke pusat"

Keterangan :
Tatacara menyebut zikir Lailahaillallah seperti yang tersebut (setakat pengetahuan kami) tidak ada dalam sunnah Rasulullah SAW. Kaifiyyat seperti ini banyak diajar di kalangan pengamal-pengamal tarekat. Kaifiyyat tersebut tidak ada asas daripada sunnah.


4. NABI MUHAMMAD s.a.w

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Aisyah dikatakan bahwa Rasulullah Muhammad SAW senantiasa mengingati Allah atau berzikir dalam setiap keadaan. Dalam hadis lain diriwayatkan, Nabi SAW bersabda, "Kalau aku membaca subhanallah, alhamdulillah, la Ila-ha Illa Allah, dan Allahu Akbar maka bacaan-bacaan itu lebih aku sukai daripada mendapatkan kekayaan sebanyak apa yang ada di bawah sinar matahari." (HR Muslim).

Demikian besarnya perhatian Nabi SAW pada kebiasaan berzikir. Sebagai umatnya yang berupaya meneladani beliau, kita hendaknya juga menggiatkan aktiviti ibadah itu, mulai dari zikir di lisan hingga zikir yang mantap menetap di dalam hati.

Zikir-zikir yang dicontohkan Rasulullah SAW dalam hadis tersebut merupakan zikir yang mudah dilakukan. Siapa pun dapat melakukannya, baik yang sudah mencapai tingkatan zikir yang tinggi mahupun orang awam.


No comments:

Post a Comment