Hukum Bertarekat

1. MENUNTUT 3 JENIS ILMU 

Jumhurul Ulama sepakat menetapkan bahawa seluruh umat Islam (mukallaf) yang akil baligh dan berakal adalah WAJIB menuntut 3 jenis ilmu semasa hayatnya, yaitu:

i) ILMU USULUDDIN/TAUHID

ii) ILMU FIQH/FEKAH/SYARIAT

iii) ILMU TAREKAT/TASAWUF

Dalam praktiknya, kesempurnaan Islam dalam diri seseorang adalah apabila ia merangkumkan ketiga-tiga ilmu seperti diatas, misalnya, dalam ilmu Tauhid ia mengetahui dan berpegang teguh kepada iqtikad/aqidah yang benar terhadap Allah dan Rasul, andainya tidak maka ia akan jatuh syirik.

Dalam ilmu Fiqh/Fekah/Syariat pula, ia akan mengetahui segala Hukum-hakam , peraturan,kaedah, syarat dan rukun setiap ibadah; andainya tidak maka, terbatallah ibadah tersebut.

Dan dalam Ilmu Tasawuf pula, ia akan mempelajari ilmu tatacara pembersihan hati dari penyakit-penyakit Mazmumah/Rohani/batin (misalnya riak), kerana penyakit batin yang bersarang didalam hati sanubari seseorang itulah yang menyebabkan tidak diterima Allah akan amal-amal ibadahnya lantaran amal tersebut bercampur baur dengan riak, megah, takabbur, angkuh, hasad dan sebagainya, walau ia seorang ‘Abid atau tokoh Ilmuan sekali pun.

Justeru, mana mungkin ketiga-tiga Ilmu tersebut, yang saling lengkap-melengkapi, dipisah-pisahkan menurut selera dan nafsu kita masing-masing.

Majoriti umat Islam hanya cenderong untuk belajar Ilmu Fiqh dan Tauhid sahaja kerana mudah untuk dipelajari sendirian melalui buku/kitab dalam jurusan tersebut. Kerana telah terbiasa dengan amalan-amalan mudah dalam kedua bidang tersebut, masyarakat Melayu terus membudayakan pembelajaran ilmu-ilmu tersebut turun temurun, dari satu generasi ke satu generasi. Ditambah pula oleh momokan tokoh-tokoh ilmuan agama yang melarang masyarakat mendekati Ilmu Tarekat/Tasawuf dengan alasan yang tidak berasas.

Paling bahaya, mereka terus menyangka, menerima dan menetapkan bahawa hanya kedua-dua Ilmu itu sahaja yang wajib dipelajari/dituntut dan mereka telah pun layak bergelar orang Islam sejati.

Sebenarnya, pendirian ini telah tersasar amat jauh sekali. Kerana, hanya segelintir, umat Islam yang cenderong mempelajari dan beramal dengan Ilmu Tarekat/ tasawuf, walau pun ilmu ini adalah termasuk dalam kategori Ilmu Fardhu 'Ain dalam Agama Islam. Majoriti umat Islam sering merasa gusar, memandang sinis, membenci, sekali-gus menjauhi ilmu tarekat dan tasawuf.


2. PERKATAAN TAREKAT DISEBUT DALAM AL- QURAN

Walau pun perkataan Tasawuf belum wujud diawal penyebaran Agama Islam, namun perkataan TAREKAT/TORIK ada disebut didalam al-Quran sebanyak 9 kali didalam

5 buah Surah, seperti berikut:

i) Surah an-Nisa – sebanyak 2 kali,

ii) Surah Thoha – 3 kali,

iii) Surah al-Qaf – 1 kali,

iv) Surah al-Mukminun – 1 kali, dan

v) Surah al-Jinn – 2 kali.


3. APAKAH BAHAYANYA JIKA KITA TIDAK MENEMPUH / BERTAREKAT KE-ALLAH? 

Terdapat terlalu banyak bahaya dan risiko bagi seseorang yang tidak/belum menjalani tarikat ke-Allah S.W.T. Antara faktor-faktor yang amat kritis/trajis dan terpenting adalah seperti berikut:

i) Tidak dapat mengenal sebenar DIRInya.

ii) Tidak dapat mengenal Tuhan sebenarnya.

iii) Tidak dapat mencapai khusyuk didalam Solat, sebab tidak kenal yang menyembah, masakan boleh kenal yang disembah.

iv) Berpenyakit Rohani , merasa resah gelisah, tidak keruan/tenteram,mudah cemas,jiwa kosong, hidup tak bahagia,tiada ketenangan,walau kedudukan tinggi dan harta bertimbun.

v) Amalan dan hidup tak mendapat Barokah Allah (berkat).

vi) Dikhawatiri mati dalam ‘SU’UL KHATIMAH.’

vii) Tidak menurut SUNNAH dan jejak langkah Rasulullah S.A.W.


4. SERUAN DAN PESANAN

Ketahuilah bahawa tujuan/matlamat akhir menguasai Ilmu Tarekat/Tasawuf itu adalah untuk kembali kehadrat Allah, bertemu dengan Allah, hingga mendapat redho Allah!

Perhatikan Firman Allah, bermaksud:

‘ Barangsiapa buta didunia akan buta juga diakhirat, bahkan lebih sesat lagi.’

Dari itu bukalah mata, minda dan hati anda bagi menyahut cabaran amat getir ini, sebelum anda dipanggil pulang untuk bertemu denganNya tanpa persediaan secukupnya! Berdoalah! Berserahlah!

Carilah seorang tokoh yang ahli dalam bidang itu, walau beliau tak dikenali ramai, namun mempunyai kepakaran dan Silsilah penerimaan Ilmu, terus ke Rasulullah. Jangan merujuk/belajar dari tokoh-tokoh Ilmuan yang glamor kerana yang akan anda perolehi diakhir nanti hanyalah glamor juga! Kecuali itu yang anda cari!

Wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment