Sifat sahabat bukan 6 sahaja tetapi banyak lagi sifat-sifat yang lain. Ulama telah gariskan 6 sifat ini terdapat dalam diri semua Sahabat Nabi saw. 6 sifat Sahabat bukanlah kesempurnaan agama, tetapi jika dapat amalkan kita akan dapat mengamalkan agama dengan mudah dan sempurna, Insyallah
Pertama : Laillahaillallah Muhammadurasulullah
Laaillaahaillallah
Maksudnya : Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah
Allah Maha berkuasa, Makhluk tidak berkuasa.Meyakini segala sesuatu atas kehendak dan kudrat Allah. Allah berkuasa untuk menjadikan dan menciptakan sesuatu dengan kehendak. Allah swt yang menciptakan 7 petala langit 7 petala bumi dan segala isinya tanpa bantuan dari makhluk.
Perlu kita sedari, Allah menciptakan kita (Manusia) dari setitik air mani dalam perut Ibu kita, daripada kita tiada kepada ada. Ibu kita ialah asbab kelahiran kita. Allah yang menghidupkan kita dalam perut ibu kita dan lahirkan kita. Apabila kita telah lahir ke dunia maka janji kita kepada Allah akan menjadi orang yang bertakwa dan mentaati perintah-perintah Allah. Sekiranya kita berjaya kita akan kembali ke Syurga dan sekiranya kita gagal kita akan menerima azab di neraka seperti yang Allah telah janjikan.
Muhammadurrasulullah
Muhammadurrasulullah
Maksudnya : Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah
24 jam kehidupan kita hendaklah mengikut cara seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad iaitu belajar untuk mengamalkan semua Sunnah dalam kehidupan kita. Dari mula kita tidur sehinggalah kita bangun dari tidur semula. Hanya dengan cara mengamalkan Sunnah Nabi akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.
1. Dakwah tentang kelebihan Laaillaahaillallah kepada orang lain.
Contohnya : Sekiranya kalimah Laillaahaillallah ditimbang disebelah neraca dan sebelah neraca lagi dengan 7 petala langit dan 7 petala bumi, nescaya neraca kalimah Laillaahaillallah lebih berat.
2. Guna pancaindera (mata) lihat kebesaran Allah, telinga dengar kebesaran Allah, mulut cakap
kebesaran Allah dan akal fikir kebesaran Allah.
3. Amalkan sunnah nabi dalam seluruh kehidupan seharian. Tidak ada sunnah yang kecil atau sunnah yang besar.
Contohnya : Makan cara Nabi, tidur cara Nabi, solat cara Nabi dan Dakwah cara Nabi (jumpa
manusia dari lorong ke lorong). Selain amalkan sunnah, secara tidak sengaja kita akan mendapat pahala yang berlipat-ganda dari Allah setiap hari.
4. Doa semoga Allah bagi kekuatan amal sunnah nabi.
Kelebihan :
1. Sekiranya kita keluar jalan Allah, Allah swt akan bagi kita kekuatan untuk amalkan Sunnah dan kita akan mendapatkan Iman yang shohih. Iman sebesar zarah,Allah swt bagi kita syurga 10 kali ganda lebih besar dari dunia.
2. Orang yang ucap Laaillaahaillallah di akhir kalam, maka wajib baginya syurga.
3. Satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat, Allah bagi 100 pahala syahid.
Contohnya : Sunnah yang biasa kita amalkan seperti menyimpan janggut, membaca Bismillah sebelum makan, perbanyakkan solat sunat, Solat berjemaah dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment