Di antara kalimat zikir yang disyariatkan memiliki keutamaan khusus, ditanamkan satu pohon kurma di syurga untuk pembacanya. Kalimat dzikir tersebut adalah: Subhanallahil A'zimi Wabihamdih
Dari Jabir Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau bersabda:"Siapa yang membaca ,Subhanallahil A'zimi Wabihamdih maka akan ditanamkan untuknya satu pohon kurma di syurga." (HR. Al-Tirmidzi; beliau berkata: hadits hasan shahih gharib. Dishahihkan juga oleh Ibnu Hibban dena al-Hakim dengan disepakati imam Al-Dzahabi)
Kalimat pendek dan ringan diucapkan lisan. Namun bisa menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa di kehidupan akhirat kita. Dari satu kalimatnya ditanamkan satu pohon kurma di syurga. Bagi perindu syurga tidak boleh meremehkannya. Setiap kebaikan yang mampu dan berkesempatan mengamalkannya agar ia kerjakan, walaupun dalam bentuk kebaikan yang sangat kecil dan ringan. Kerana terkadang, seseorang dirahmati dan dimasukkan syurga kerana sebab amal-amal ringannya. “Syurga lebih dekat kepada salah seorang kalian daripada tali sandalnya,” bunyi hadits riwayat al-Bukhari.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment