Tuesday, 8 December 2020

Pancaindera Telinga mendengar perkataan Allah

1. Pendengaran dan Penglihatan

Allah berfirman dalam al-Quran :

Maksud : Katakanalah ” Dia lah yang menciptakan kamu,dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati nurani bagi hati kamu.(Tetapi) sedikit antara kamu yang bersyukur.” (al-Mulk : A.23)

Allah telah kurniakan Nabi Muhammad hati terang dan mudah untuk menerima pengajaran dari Allah. Apabila wahyu disampaikan dari Malaikat Jibril kepada Rasullullah, mudah bagi Beliau untuk mengingati wahyu tersebut hanya sekali sahaja. Semasa Nabi menerima wahyu di Gua Hiraq perantaraan Malaikat Jibril (mempedengarkan Wahyu) hanya dibacakan 2 atau 3 kali sahaja terus Nabi Muhammad hafal (ingat).


2. Mendengar bacaan Al-quran

Faedah yang bangsa akhirat itu termasuklah bila mendengar ia akan al-Quran. Kita guna telinga ini untuk kita dengar ayat-ayat Allah. Bila kita mendengar suara saja pun orang mengaji, telah beroleh pahala. Mendengar walaupun tidak ada Qari yang membaca depan kita, Alhamdulillah, beroleh pahalanya InsyaAllah. Mendengar orang membaca al-Quran antara sunnah Nabi SAW. Nabi SAW bukan sekadar baca sendiri tetapi juga suka mendengar bacaan-bacaan al-Quran oleh para Sahabat ra'hum.

Telinga juga akan beroleh faedah akhirat jika kita mendengar hadis Nabi SAW. Makanya kena hadir kalau ada majlis-majlis yang membacakan hadis Nabi SAW. Dengan sebab dengar al-Quran dah Hadis Nabi SAW, menangis-nangis Sahabat ra'hum sebab mereka faham isi kandungannya.

Kita juga kena dengar ilmu-ilmu yang memberi manafaat. Maka ilmu yang kita belajar kena tengok ilmu itu ada manafaat atau tidak untuk kita. Menggunakan sifat pendengar untuk mendengar ilmu yang bermanafaat ini adalah memberi pahala untuk diri kita.


3. Anak yang soleh (dengar kata Ibubapa)

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat.

Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment