6 SIFAT SAHABAT : 3. Ilmu dan Zikir

Maksud ilmu ialah mengetahui mana satu perintah Allah dan mengetahui mana satu larangan Allah. Juga mengetahui mana perintah Allah yang perlu didahulukan dan perintah Allah yang dikemudiankan. Mengetahui perkara wajib, sunat, harus, makruh, halal dan haram. 

Cara untuk mendapatkannya :

1. Dakwah orang yang kita jumpa tentang kepentingan belajar ilmu iaitu ilmu tentang dakwah. 
2. Berjumpa dengan alim ulama/ustaz untuk belajar ilmu Masail (hukum hakam) dan baca/dengar bacaan ta'lim iaitu belajar ilmu Fadhail (kelebihan beramal).
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ilmu.

Kelebihan :

1. Seseorang yg beramal dengan ilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah) yang beramal tanpa ilmu. Syaitan sangat takut orang yang berilmu kerana sekiranya orang berilmu itu menegur seorang yang jahil maka akan putus asa syaitan untuk menghasut orang jahil tadi.
2. Seseorang yang keluar untuk belajar ilmu, jika dia mati ketika itu ia dikira sebagai mati syahid.
3. Malaikat mendoakan orang yang menimba ilmu.

Maksud Zikir ialah mengingati Allah setiap masa dan keadaan.

Cara untuk mendapatkannya :

1. Dakwah orang yang kita jumpa tentang kelebihan amalan zikir
2.Amal zikir harian 300 pagi dan 300 petang Subhanallah, Alhamdullillah, Laaillahaillallah, Allahuakbar -100 kali, Selawat - 100 kali, Istighfar - 100 kali. Membaca Al-quran setiap hari, usahakan rajin solat sunat dan amalkan (hafal) doa-doa Masnun (doa harian Nabi saw)
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Zikir.

Kelebihan :

1. Orang berzikir hidup di sisi Allah, orang tidak berzikir mati di sisi Allah.
2. Masuk syurga tersenyum-senyum.
3. Mematahkan kekuatan syaitan.
4. Satu pintu syurga disediakan khas untuk orang yang istiqamah berzikir.


No comments:

Post a Comment