“Bahawasanya Bani Israil (Yahudi) berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”. (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuwan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi iaitu pegangannya dan para sahabatnya maka mereka dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat dari kekufuran dan api neraka. Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar Ba`alawi membuat kesimpulan tersebut:
1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3-Muktazilah kepada 20 aliran
4-Murjiah kepada 5 aliran
5-Najjariah kepada 3 aliran
6- Al-Jabbariah 1
7-Al-Musyabbihah 1
Carta golongan:
Oleh itu jelaslah, kalau ditambah satu aliran lagi dengan fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallamdi dalam hadis yang di riwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi tersebut. Kesimpulannya, golongan yang terkeluar dari landasan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka semuanya akan masuk ke dalam neraka dan kekal di didalamnya buat selama-lamanya kerana akidah mereka telah menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.

AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH
Dari sudut bahasa, perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
Pertama, perkataan Ahl yang bererti keluarga, pengikut atau golongan.
Kedua, perkataan al-Sunnah. Dari sudut literal, perkataan al-Sunnah mempunyai pengertian al-Thariqah(jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.
Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Secara terminologi, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin.
"Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah. Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad al-A`zam) daripada kaum muslimin.
Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam.
"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".
Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam.
"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa (pemerintah) dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".
Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin.

No comments:
Post a Comment