Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan-Nya, sehingga buku ILMU KALAM ini (Peminaten ilmu-ilmu agama) dapat disusun dengan baik. Selawat serta salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, sahabat, keluarga serta orang-orang yang mengikuti ajarannya hingga hari kiamat.
Buku ini disusun secara ringkas, padat dan jelas serta dilengkapi dengan inti dan asas berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Buku ini ditulis/disusun supaya dapat dijadikan pedoman kehidupan masa kini dan masa hadapan.
Dengan demikian, buku ini diharapkan dapat menjadi panduan yang sebenar dan mengasyikan bagi mereka yang cintakan ilmu. Akhirnya, saya menyedari bahawa dalam penyusunan isi dan kata-kata di dalam buku ini masih ada kekurangan, baik dari segi metodologi mahupun penghayatan. Semoga buku ini bermanfaat dan mendapat Kerahmatan daripada Allah SWT.
Penulis
02/01/2019
KATA PENGANTAR
Penulis juga sedar masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki dalam buku ini. Walaupun demikian penulis sudah berusaha dengan maksimal demi kesempurnaan penulisan buku ini baik dari sumber rujukan dan buku-buku lain.
Penulis berharap buku ini boleh bermanfaat bagi para pembaca, serta dapat membantu bagi perkembangan Agama di masa akan datang. Sekali lagi penulis mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membaca buku (makalah) ini. Semoga Allah SWT membalas semua kebaikan yang telah diberikan. Aminn.
BAB 1
HIKMAH BERDASARKAN SURAH AN-NAJM
"Dan sesungguhnya, dia (Muhammad) telah melihat Jibril itu (dalam rupa yang sebenar) pada waktu yang lain (iaitu) di Sidratul muntaha" (An-Najm Ayat 13-14) maksud ayat:
13. Yakni syurga yang mencakupi semua kenikmatan, dimana tempat tersebut adalah tempat kembali segala cita-cita, harapan dan tempat dimana para malaikat, roh para syuhada dan orang-orang yang bertaqwa kembali kepadanya. Ayat ini menunjukkan bahawa syurga berada di tempat yang paling tinggi, di atas langit yang ke tujuh.
14. Yakni penglihatan Beliau tidak menyimpang ke kanan atau ke kiri dari maksud yang diinginkan.
Ada pula beberapa hadis yang kemudiannya difahami oleh sebahagian ulama mengenai kemunculan pelbagai golongan dalam Ilmu Kalam. Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A., yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Orang-orang Yahudi akan terpecah belah menjadi 72 golongan dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan".
Hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Umar mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "akan menimpa umatku apa yang pernah menimpa Bani Israil. Bani Israil telah terpecah menjadi 72 golongan dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan sahaja". “Siapa mereka itu wahai Rasulullah?" Tanya para sahabat. Rasulullah menjawab, "Mereka adalah yang mengikuti jejakku (iaitu Ilmu Kalam) dan sahabat-sahabatku".
Sedikit keterangan: Hadis ini diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Umar yang menyatakan ini adalah hadis sahih.
BAB 2
KATEGORI ILMU KALAM
Ilmu Kalam secara maknawi terbahagi menjadi 3 kategori:
1. Kalimah Isim
2. Kalimah Fi'il
3. Kalimah huruf
Yang dimaksudkan kalimah adalah lafaz yang berpisah dari sebuah kalam, bermaksud kata yang disebut dengan kalimah dalam bahasa Arab
Contoh: perkataan
اْلحَهْدُ الرَّحْمن ،
1. Kalimah Isim
Ertinya: Kalimah yang menunjukkan makna yang mendiri dan tidak disertai dengan zaman. Maksudnya kalimah isim atau kata benda adalah kalimah yang mempunyai makna sendiri dan tidak disertai dengan zaman.
Contoh:
زَيْدْ - Nama orang yaitu zaid
مَدْرَسَةْ - Madrasah
2. Kalimah Fi'il
Ertinya: Kalimah yang menunjukkan makna yang mendiri dan disertai dengan zaman. Maksudnya kalimah fi'il adalah kalimah yang menunjukkan makna disertai dengan zaman/waktu yang terbahagi kepada 3 zaman:
i. Zaman yang sudah berlangsung (ماضى)
ii. Zaman yang sedang berlangsung (اَلحَالُ)
iii. Zaman yang akan berlangsung (الِاسْتِقْبَالْ)
3. Kalimah Huruf
Ertinya: Kalimah yang menunjukkan makna apabila disambungkan dengan kalimah lainnya. Makna kalimah huruf dapat diertikan sebagai kata sambung yang boleh disambungkan dengan kalimah isim dan kalimah fi'il.
Adapun ciri kalimah huruf sangat mudah dikenali yakni pada kalimah huruf tidak terdapat ciri kalimah isim dan kalimah fi'il. Apabila suatu kalimah tidak terdapat salah satu dari ciri kalimah isim dan kalimah fi'il, maka kalimah tersebut merupakan kalimah huruf.
Contoh:
عَلَى ، عَنْ ، اِلَى ، منْ dan lain-lain
PENGERTIAN TAUHID
Ilmu Kalam ialah ilmu yang membicarakan tentang wujud Tuhan (Allah), sifat-sifat yang mesti ada pada-Nya. Sifat-sifat yang mungkin ada pada-Nya dan membicarakan tentang rasul-rasul Tuhan untuk menetapkan kerasulannya dan mengetahui sifat-sifat yang mesti ada padanya, sifat-sifat yang tidak mungkin ada padanya dan sifat-sifat yang mungkin terdapat padanya.
MANFAAT BELAJAR ILMU KALAM
Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid tidak hanya sekadar diketahui dan dimiliki oleh seseorang tetapi lebih dari itu, ia harus dihayati dengan baik dan benar. Kesedaran seseorang terhadap tugas dan kewajiban sebagai hamba Allah akan muncul dengan sendirinya. Hal ini dapat dilihat dalam pelaksanaan ibadat, tingkah laku, sikap, perbuatan dan perkataannya setiap hari.
SEJARAH MUNCULNYA ILMU KALAM
Ilmu Tauhid (Kalam) ialah ilmu yang belum muncul pada zaman Nabi dan sahabat. Ilmu ini muncul pada zaman berikutnya, yakni pada zaman Dinasti Abbasiyah terutamanya pada zaman al-Ma’mun. Menurut as-Sijistani, setelah para ulama mempelajari buku Filsafat Yunani yang masuk ke dunia Islam, mereka mempertemukan metode filsafat dengan metode Ilmu Kalam.
PENGERTIAN ILMU KALAM
Ilmu Kalam dalam Bahasa Arab ialah sebagai ilmu tentang perkara Allah dan sifat-sifat-Nya. Oleh sebab itu, Ilmu Kalam disebut sebagai Ilmu Usulluddin atau Ilmu Tauhid iaitu membahas tentang penetapan aqidah dengan dalil (petunjuk) yang konkrit.
TAREKAT ILMU KALAM
Kata Tarekat diambil dari Bahasa Arab iaitu dari kata benda “Thoriqoh” bermaksud jalan, metode atau tatacara. Tarekat adalah beramal dengan syariat dengan memilih dan membezakan amalan yang wajib dan amalan sunat.
1. Menjauhkan diri dari semua larangan syariat zahir dan batin.
2. Melaksanakan semua perintah Allah SWT semampunya.
3. Meninggalkan semua larangan-Nya sama ada halal atau haram.
4. Melaksanakan semua ibadah Fardhu dan sunnah dan mampu mencegah kemungkaran.
Dari definisi di atas dapat disimpulkan bahawa Tarekat adalah beramal dengan syariat Islam secara “Azimah” dengan mengerjakan semua perintah baik yang wajib atau sunat.
PENGERTIAN ILMU TASAWUF
Tasawuf adalah membersihkan hati dari perkara yang mengganggu perasaan kebanyakkan makhluk, berjuang menanggalkan pengaruh budi yang asal kita, memadamkan sifat-sifat kelemahan sebagai manusia, menjauhi segala seruan dari hawa nafsu, mendekati sifat-sifat suci kerohanian. Bergantung pada ilmu kerohanian, menebarkan nasihat pada semua manusia, memegang teguh janji dengan Allah dalam hal keagamaan dan mengikuti Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu syariat Rasulullah SAW.
BAB 3
PETIKAN AL-QURAN TENTANG HARI KIAMAT
1. Surah Al-Waqiah- Ayat 1
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka selamanya dia tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan. Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua”.
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang bererti kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
2. Surah Al-Haqqah – Ayat 3
Surah Al-Haqqah merupakan surah ke-69 dan mengandungi 52 ayat. Dari nama Al-Haqqah sudah terasa menusuk hati pembacanya. Makna secara bahasa surah ini ialah ‘Yang pasti benar”.
Dari segi lafaznya dan maknanya memberikan kesan yang pasti terjadi (keseriusan), kekerasan dan sekali gus menakutkan dan mengerikan.
3. Al-Qariah-Ayat 1-3
Al-Qariah maknanya “ketukan keras” iaitu surah ke 101 dan mengandungi 11 ayat. Kata ini dipakai untuk nama hari kiamat. Dalam suraH Al-Qariah dijelaskan golongan orang-orang yang masuk syurga dan golongan yang masuk neraka. Dalam surah At-Takaatsur diterangkan salah satu sebab yang membawa orang masuk neraka. Orang masuk neraka kerana bermegah-megahan dalam soal duniawi dan sering melalaikan manusia dari tujuan hidupnya.
TIGA (3) AMALAN YANG DITINGGALKAN KETIKA MENINGGAL DUNIA.
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa dari anak yang soleh.
Dari Abu Hurairah R.A., ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,”Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau doa anak yang soleh”. (H.R. Muslim)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarkan seluasnya, anak soleh yang ditinggalkannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
1. Sedekah Jariah
i. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya.
ii. Masjid yang dibina.
iii. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.
iv. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai.
v. Harta yang disedekahkannya.
Segala bentuk sedekah yang dikeluarkan oleh si mati semasa hayatnya termasuklah sedekah wang makanan, harta benda dan dalam kategori ini termasuk juga harta yang diwakafkan semasa hidupnya. Yang pentingnya ialah niat kita untuk bersedekah bagi pihak si mati.
Amalan ‘waqaf’ dalam Islam juga telah bermula semenjak zaman Rasulullah dan telah berkembang dinegara-negara Islam hingga hari ini dan seterunya, malah ada yang datang membentuk “kementerian waqaf”.
2. Ilmu yang bermanfaat
i. Dapat mengenali Allah dan rasul.
ii. Dapat mengenali cara beribadat yang betul.
iii. Dapat mengenali perkara-perkara yang merosakkan iman.
iv. Dapat mengenali perkara-perkara yang halal dan haram.
v. Dapat mengenali perkara-perkara akhirat.
3. Doa dari anak yang soleh
i. Doa Nabi Zakaria- Doa untuk zuriat yang baik.
ii. Doa untuk anak agar diberi Rahmat.
iii. Doa untuk anak agar dilembutkan hatinya.
iv. Doa untuk anak supaya kuat dan sabar.
v. Doa untuk anak agar rajin solat.
vi. Doa untuk anak agar menjadi penyejuk mata.
vii. Doa supaya dikurniakan anak yang mentaati perintah Allah.
TIGA WATAK DI AKHIR ZAMAN.
1. Kedatangan Imam Mahdi.
2. Kedatangan Dajjal.
3. Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
4. Kedatangan Nabi Isa.
Menurut Ibnu Kathir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya dengan berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebut dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Kaab Al-Quraiziy berkata,”Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wakaf di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW. Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad SAW, kuburan Abu Bakar dan Umar. Hal ini bermakna kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang ke-4.
LIMA (5) WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI
Amalan sebelum Tidur
1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham.
3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu Ka’abah.
4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempatmu di syurga.
5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuhmu terlebih dahulu.
Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana mengamalkan hal itu ya Rasulullah?” maka Rasulullah pun bersabda,
1. Membaca Al Quran kesemuanya
Ya Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca surah Al-Ikhlas “QUL HUWALLAHU AHAD …” sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca al-Quran kesemuanya.
2. Bersedekah 4 ribu dirham
Ya Ali apabila engkau membaca surah Al-Fatihah 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.
3. Ziarah ke Ka’abah
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca “LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYII WA YUMIITU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAIIN QADIIR” sebanyak 10 kali bererti pahalanya bersamaan dengan menziarah Ka’abah.
4. Pelihara tempatmu di syurga
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca “LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL ‘AZIM” sebanyak 10 kali bererti sesungguhnya engkau telah menjaga tempatmu di syurga.
5. Minta Redha kepada musuh-musuh:
Ya Ali apabila engkau membaca “ASTAGHFIRULLAH AL 'ADZIM ALLAZI LAA ILAHA ILLAHU WAL HAIYUL QAIYUM WA ATUBU ILAIH” sebanyak 10 kali bererti engkau telah meredhakan musuh-musuhmu.
UMUR SINGKAT TETAPI BERKAT
Allah SWT telah menjanjikan kepada umat ini ganjaran yang berkali ganda hebatnya berbanding umat terdahulu.
1 kebaikan = 10 pahala
Niat buat baik = 1 pahala
Kasih dan belasnya Dia kepada kita, umat akhir zaman ini.
Mafhum sabda Nabi SAW:
“Siapa yang berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak membuatnya, maka Allah telah mengetahui bahawasanya hatinya sudah merasai untuk melakukan kebaikan itu dan sangat bersungguh-sungguh ke atasnya, ditulisnya baginya 1 kebaikan dan siapa yang berazam untuk melakukan kejahatan akan tetapi tidak melakukannya, tidak ditulis ke atas dirinya, dan siapa yang melakukannya (kejahatan), ditulis ke atas dirinya 1 kejahatan tanpa digandakannya (dosa). Dan siapa yang melakukan 1 kebaikan, baginya 10 kali ganda” (Riwayat Imam At-Tirmizi dan An-Nisa)
Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 10-11:
“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan hamba dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik buat kamu jika mengetahui”.
Nabi SAW sendiri, memanfaatkan masa selama 23 tahun kerasulannya untuk menyebarkan Islam, mempersiapkan satu generasi contoh kepada umat manusia, bahkan sehingga ke hari ini ajarannya itu dapat dinikmati oleh kita.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau hanya memegang tampuk kepimpianan selama 2 tahun setengah sahaja. Namun beliau berjaya memerangi para pendusta, mengembalikan orang-orang murtad kepada Islam, bahkan sempat menakluk Rom dan Parsi.
Umur mereka tidak panjang, namun umur didikan mereka terus kekal hingga ke hari ini. Tidak hanya itu sahaja, bahkan ganjaran pahal terus-menerus sampai kepada mereka meskipun sudah tidak ada lagi di dunia ini.
BAB 4
DOA UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH TERBAHAGI KEPADA EMPAT (4):
1. Petunjuk
2. Ketaqwaan
3. Keterjagaan
4. Kekayaan
ASAS-ASAS DOA
1. Memohon keberkatan dan kerahmatan dari Allah.
2. Memohon tingkatkan umur, ibadat dan ketaatan.
3. Lembutkan hati agar mudah menerima teguran.
4. Bersyukur agar berbuat amal soleh yang diredhai.
5. Sentiasa berdoa taubat agar Allah melindungi orang-orang beriman.
6. Memohon pertolongan dan perlindungan agar dimudahkan urusan.
7. Memohon menjauhi sifat keji dan mungkar.
8. Meminta agar Allah sentiasa melindungi dan memelihara agar sihat sejahtera.
9. Meminta Allah ringankan beban dan mudah urusan.
10. Memohon ampun dosa seluruh mukmin dan mukminat.
PAHALA MENJADI DAI’E
Dai’e ialah 1000 orang Abid. Satu orang Dai’e ditakuti oleh syaitan lebih daripada 1000 orang Abid kerana Dai’e itu seorang yang berilmu. Sekiranya seorang Dai’e menegur si Abid, syaitan akan lari daripadanya kerana syaitan akan gagal untuk menyesatkannya.
Kelebihan :
Dengan menyebut satu kalimah ‘LAILLAHAILLALLAH’ dengan ikhlas menyamai 100 orang Dai’e. Sekiranya menyebut 33 kali ‘LAILLAHAILLALLAH’ menyamai pahala 3000 orang Dai’e.
Maulana Saad “memberitahu untuk mendapatkan keyakinan seperti sahabat RAH hendaklah”
1. Memiliki iman, amal dan yakin yang sempurna
2. Bermujahadah di jalan Allah
3. Sentiasa berdoa
Pada suatu ketika, ada seorang datang kepada maulana Ilyas RH dan bertanya, “Apa yang kami dapat dengan Dakwah?”
Beliau memberitahu terdapat 5 perkara.
1. Takwa
2. Tawaduq
3. Qanaah
4. Berasa cukup dengan pemberian Allah
5. Merasa kaya.
AMALAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Dua amalan yang dicontohkan oleh Hj. Abd Wahab RAH:
1. Istighfar – “LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN” sebanyak 300 -1000 kali setiap hari.
2. Baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali selepas Maghrib dan 3 kali selepas Subuh (Baca dalam wiriq) pahala seperti khatam Al- Quran setiap hari.
BAB 5
DOSA KECIL DAN CONTOH-CONTOHNYA
Pengertian Dosa Kecil Secara Sederhana
Dosa kecil adalah dosa yang tidak tergolong dalam kategori dosa besar. Dosa besar dalam Islam seperti syirik, membunuh, mabuk, zina, sombong, durhaka kepada orang tua dan sebagainya.
Dosa kecil tidak mendapatkan penekanan ancaman dari Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat, berbeza dengan dosa besar yang jelas Allah SWT mengancamnya dalam al-Quran bahkan disertai dengan hukuman yang amat berat.
Dijelaskan juga dalam hadis lain dengan lebih spesifik tentang perintah untuk menjaga hati dan dosa kecil:
“Berhati-hatilah dengan dosa kecil, sebab dosa-dosa itu berkumpul pada diri seseorang sehingga menghancurkannya”. (HR. Ahmad)
Contoh Dosa Kecil:
Setiap amal manusia sekecil apapun itu pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT, dosa-dosa yang kita anggap remeh di dunia boleh menjadi penghalang kita masuk ke syurga bila tidak segera kita bertaubat.
Kucing adalah salah satu dari binatang yang suka hidup berdekatan dengan manusia. Ia banyak meminta belas kasihan orang untuk mendapatkan makanan, maka hendaklah kita peruntukkan sedikit dari makan untuk diberikan kepadanya. Kalau kita tidak mahu memberinya makanan biarlah ia hidup bebas untuk mencari makanannya sendiri kerana Allah dengan rahmat-Nya yang luas telahpun menjamin rezeki seluruh binatang yang melata dimuka bumi. Jangan ia ditambat atau dipenjarakan kerana itu adalah suatu kezaliman.
Allah SWT telah mengharamkan berlaku zalim ke atas dirinya, maka Dia tidak akan menyeksa hamba-Nya tanpa kesalahan dan Dia juga mengharamkan berlaku zalim terhadap orang lain, jangan suka menyakitkan hatinya dan jangan mengambil hartanya atau menjatuhkan harga dirinya.
SEBAB-SEBAB DOSA KECIL MENJADI BESAR
1. Dilakukan dengan terus-menerus.
2. Menganggap remeh dosa kecil tersebut.
3. Memamerkan dosa dan merasa senang melakukannya,
4. Dilakukan orang Alim yang menjadi ikutan
DOSA-DOSA BESAR
Dosa besar membawa maksud semua dosa yang dikenakan hukuman di sunia ataupun ancaman di akhirat. Firman Allah SWT:
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa Besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya,
Nescaya kami akan menghapuskan kesalahan (dosa-dosa kecil), dan kami akan memasukkan kamu dalam tempat yang mulia (syurga)”. (An-Nisa’: Ayat 31)
“Dan mereka yang menjauhkan diri dari dosa-dosa besar dan perbuatan keji dan apabila dosa-dosa besar dan perbuatan keji dan apabila mereka marah, mereka sentiasa memaafkan”. (Asy-Syura: Ayat 37)
Menurut Ibnu Abbas RA, dosa-dosa besar daripada 70 perkara hanya menjadi 7 perkara sahaja. Lalu disebutkannya tujuh perkara iaitu:
1. Menyekutukan Allah (Syirik).
2. Menyihir orang.
3. Mengamalkan riba.
4. Memakan harta anak yatim.
5. Lari dari medan perang.
6. Tuduhan berzina terhadap wanita yang baik.
7. Meninggalkan solat.
ORANG AMAL AGAMA TETAPI GAGAL
Menurut Ibnu Kafsir gagal atau berjaya adalah kehendak Allah SWT.
1. Surah Al-Ankabut ayat 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ”Kami telah Beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
Rasulullah SAW selalu mengajarkan kepada umatnya agar berlindung kepada Allah dan berbagai macam fitnah yang membahayakan manusia. Di antara doa Rasulullah untuk membentengi fitnah tersebut iaitu “Jika kalian membaca tasyahud, maka berlindunglah dari 4 hal, iaitu, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari buruknya fitnah ad-Dajjal”. (HR Muslim)
2. Surah Al-Hadid ayat-20
Allah berfirman, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamnya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.
Allah menjelaskan tentang hakikat dunia bahawa dunia itu hanyalah fatamorgana, seda gurau, main-main, melalaikan dan bersifat sementara dan tidak ada keabadian di dalamnya. Ini bererti bahawa kehidupan dan kesenangan dunia itu tidak hanya melalikan anggota badan tapi juga menyebabkan kelalaian hati dari kebaikan dan ketaatan.
3. Surah Al-Baqarah ayat 16
“Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.
Ibnu Jarir dari Qatadah mengenai firman-Nya, “Maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk,” menyatakan “”Demi Allah Kalian telah menyaksikan mereka telah keluar dari petunjuk menuju kepada kesesatan, dari persatuan menuju kepada perpecahan, dari rasa aman menuju kepada ketakutan, dari sunnah menuju bid’ah”.
4. Surah Al-Baqarah ayat 177
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian , malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya,mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”.
Yang dimaksudkan dengan kebaikan pada surah Al-Baqarah ayat 177 ini adalah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan sentiasa mewujudkan keimanannya di dalam kehidupan setiap hari para ulamak mengatakan bahawa ayat ini tergolong dalam ayat yang paling agung dalam ajaran Islam.
BAB 6
SEPULUH (10) ASMAUL HUSNA
Fadhilat dari 99 nama-nama Allah
1. Ya Allah – ياالله
Baca 1000 kali setiap hari nescaya mendapat keyakinan membuat sesuatu perkara atau baca seminggu sekali sebanyak 1000 kali setiap hari Jumaat.
2. Ya Aliim – يَاعَلِيْمُ (Maha Mengetahui)
Membaca sebanyak mungkin pada setiap hari, Allah akan menguatkan ingatan dan mengilhamkan berbagai macam pengetahuan.
3. Ya Samiiu’ – يَاسَمِيْعُ(Maha Mendengar)
Membaca sebanyak 500 kali pada hari Khamis selepas solat Dhuha. Allah akan memakbulkan doa-doanya.
4. Ya Bashiiru – يَابَصِيْرُ (Maha Melihat)
Membaca sebanyak 100 kali selepas solat Jumaat. Allah akan memberinya taufik untuk beramal soleh.
5. Ya Rosyiidu – يَارَشِيْدُ (Maha Pandai)
Dengan membacanya sebanyak 100 kali selepas solat sunat Isyak. Allah akan terima segala amal ibadatnya pada hari tersebut.
6. Ya Khaafidhu – يَاخَافِضُ (Maha Merendahkan)
Membacanya sebanyak 500 kali akan tercapai segala hajatnya atau munajatnya.
7. Ya Waduud – يَاوَدُوْدُ (Maha Pencipta)
Jika dibaca 1000 kali oleh suami, nescaya Allah memberi taufik pada isteri untuk mentaatinya.
8. Ya Majiidu – يَامَجِيْدُ (Maha Mulia)
Jika dibaca sebanyak mungkin (1000 kali) ketika berbuka puasa, Allah akan memelihara dari segala penyakit terutama penyakit sopak.
9. Ya Zhaahiru – يَاظَّاهِرُ (Maha Nyata)
Jika dibaca selepas solat Isyak sebanyak 1000 kali, Allah turunkan ke dalam hatinya makrifah.
10. Ya Waarishu – يَاوَارِثُ (Maha Mewarisi)
Dengan membacanya 1000 kali antara Maghrib dan Isyak, nescaya akan mencapai ketenangan jiwa.
AMALAN ZIKIR DAN WIRID
1. Membaca Al-Quran
i. Surat Al-Fatihah (Khasiat)
a. Amalan surah ini boleh menyembuhkan penyakit seperti sakit gigi, pening kepala, demam dan digigit binatang berbisa.
Kaedah: Baca surah Al Fatihah sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke dalam air sebagai jampi. Bacaan Al-Fatihah hendaklah dimulakan dengan Basmalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ dan disambung dengan surah Al Fatihah sehingga akhir.
b. Menurut Masyaikh amalan Al-Fatihah untuk mereka yang berpenyakit otak.
Kaedah: Baca Al-Fatihah 41 kali antara solat Maghrib dan Isyak, Inshaa Allah penyakit itu akan sembuh. Amalkan selama 2 bulan bermula hari Khamis atau Jumaat.
c. Menurut Masyaikh untuk menyembuh pelbagai penyakit.
Kaedah: Surah Al-Fatihah dibaca 70 kali selama 4 minggu pada setiap hari (28 hari) In sya' Allah penyakit (pelbagai) akan sembuh.
ii. Membaca Ayat Kursi
a. Baca saat keluar rumah, 70 000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
b. Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
c. Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
d. Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu semalam.
e. Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
f. Membaca sebanyak 40 000 kali. Hendaklah dibaca sebanyak 1 000 – 5 000 kali setiap hari mengikut kemampuan.
iii. Membaca surah Yassin
a. Surah Yassin hendaklah dibaca 2 kali sehari iaitu setelah Subuh dan setelah Maghrib.
b. Sekiranya mempunyai sesuatu hajat yang penting bacalah Surah Yassin 41 kali, In sya' Allah hajat itu tertunai.
iv. Membaca surah Al-Ikhlas
a. Membaca sebelum tidur sebanyak 3 kali, pahalanya seperti telah khatam Al-Quran sekali.
b. Membaca sebanyak 100 000 kali, pahalanya seperti menebus atau membebaskan diri dari api neraka Jahannam.
2. Berdoa
Doa yang terbaik menurut Rasulullah SAW:
i. “RABBANA ATINA FIDDUN YA HASANAH WAFIL AKHIROTI HASANAH WAQINA 'ADZABANNAR” – selepas setiap solat Fardhu.
ii. Baca”ALHAMDULILLAH” 100 kali setiap hari.
Kelebihan: Apabila seorang menyebut
“الْحَمْدُ لِلهِ” maka pintu-pintu syurga dibuka untuknya.
3. Solat Sunat yang utama ada 6 :
i. Solat Tahajud
ii. Solat Rawatib
iii. Solat Taubat
iv. Solat Witir
v. Solat Tasbih
vi. Solat Israk
4. Zikir-zikir yang disukai Allah
i. LAILLAHAILLALLAH – Amalkan 70 000 kali seumur hidup nescaya Allah akan menghindarkan diri kita dari azab api neraka.
ii. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILLAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR – 100 kali selepas subuh dan 100 kali selepas asar, nescaya Allah SWT akan mencintai diri kita.
iii. SUBHANALLAH WABIHAMDIHI, SUBHANALLAHIL ADZIM – Amalkan 300 kali selepas solat Tahajud (mendapat ketenangan).
ZIKIR-ZIKIR YANG PERLU DIAMALKAN
Zikir ialah mengingati Allah setiap masa dan keadaan tetapi untuk mengingati Allah setiap masa adalah mustahil. Ulama mengatakan mengingati Allah sentiasa adalah harus.
Kaitan zikir adalah ilmu. Ilmu itu ialah untuk mengetahui perintah dan larangan Allah. Zikir ialah perintah Allah yang amat utama kerana ia mudah dan afdhal untuk dilakukan. Zikir yang dimaksudkan terdapat dua (2) jenis:
1. Zikir Zihri – menguatkan suara
2. Zikir Qalbi – zikir hati
ZIKIR-ZIKIR HARIAN
1. Zikir 300 pagi, 300 petang
i. ‘SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILLA HAILLALLAH WALLAHU AKBAR’ sebanyak 100 kali
ii. Selawat sebanyak 100 kali
iii. Istighfar sebanyak 100 kali (selepas Subuh sebanyak 300 kali, selepas Asar sebanyak 300 kali)
2. Zikir ‘SUBHANALLAH’ sebanyak 100 kali
Kelebihan: Akan dihapuskan 1000 kejahatan dari-Nya dan diberikan-Nya 1000 kebaikan (Diamalkan waktu sebelah pagi).
3. Dari Abu Bakar Bin Muhammad Jarir dari Malik Bin Dinar katanya”
Selawat pengampunan dosa ialah:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ
‘ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD, WA ALA ALI MUHAMMAD…’ (Al-Hadis) adalah pengampunan dosa.
Kelebihan: Ketika berdiri dosa diampunkan sebelum duduk, ketika duduk dosa diampunkan sebelum berdiri. Jika diamalkan 200 kali sebelah petang, umurnya akan dirahmati 200 tahun.
4. لَااِلٰهَ اِلَّااللهُ - 100 kali
Ia akan dibangkitkan dengan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama pada Hari Kiamat nanti. (Fadhilat Amal)
ZIKIR DAN AMALAN MINGGUAN
Membaca Yassin, Tahlil dan Al-Karim – Diamalkan pada setiap malam Jumaat.
Kelebihan: Meringankan azab kubur bagi si mati dan mengingatkan diri tentang kematian.
Amalan:
1. Al-Fatihah sebanyak 1 kali
2. Selawat sebanyak 11 kali
3. Yassin sebanyak 1 kali
4. Tahlil sebanyak 100 kali/70 kali/33 kali
5. Doa Tahlil/Doa Selamat
* Doa Selamat sesuai dibaca selepas Solat Sunat Hajat. Sekiranya Doa Selamat tidak dihafal, bacalah doa apa pun kerana hukumnya harus.
ZIKIR DAN AMALAN BULANAN
1. Tadarus Al-Quran
2. Takrir
3. Membaca kitab Hadis
4. Bermuzakarah (Uzlah)
ZIKIR TAHUNAN
1. Membaca kalimah Toyyibah atau kalimah Tahlil
(لَااِلٰهَ اِلَّااللهُ) sebanyak 70 000 kali.
Tertib: Satu hari baca 5 000 kali selama 14 hari berturut-turut (sekiranya berkemampuan amalkan pada masa kelapangan).
Kelebihan: Terjamin baginya dari Api Neraka (Maulana Zakaria RAH)
2. Membaca kalimah “الله” sebamyak 25 000 kali.
3. Membaca surah Al-Ikhlas – 40 000 kali
4. Membaca ‘ALLAHU’ – 9,999 kali
5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW – 1 juta kali selawat paling ringkas
(“صَلَّي الله عَلَى مُحَمَّدَ”)
Secara keseluruhan zikir mempunyai tahap-tahap yang berbeza mengikut kemampuan dan daya usaha. Sekiranya diamal atau tidak diamal semestinya mendapat pahala dari Allah SWT.
Sekiranya amalan (Thoriqah) ini diamalkan bersungguh-sungguh ia akan membawa jalan yang lurus (Sirotal Mustaqim) untuk mendapat keredaan dan kerahmatan dari Allah SWT secara ringkasnya jalan ini adalah jalan menuju kerahmatan Allah SWT. Semoga perkara yang kita amalkan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.
ZIKIR HARIAN RINGKAS
Baca 100 kali setiap hari
1. Jumaat - Istighfar ‘ASTAGHFIRULLAH’ sebanyak 100 kali
2. Sabtu – Hamdalah ‘ALHAMDULILLAH’ sebanyak 100 kali
3. Ahad - Selawat ‘SOLAWAT’ sebanyak 100 kali
4. Isnin - Tasbih ‘SUBHANALLAH’ sebanyak 100 kali
5. Selasa – Tahlil ‘LAILLAHAILLALLAH’ sebanyak 100 kali
6. Rabu – Hauqalah ‘LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH’ sebanyak 100 kali
7. Khamis – Asmaul Husna ‘YA ROSYIIDU’ sebanyak 100 kali
Wallah’hua’lam
BAB 7
TAKRIL
TAKRIL TERBAHAGI KEPADA 5 PERKARA:
1. Kisah Nabi Adam
2. Peristiwa Hawa dan Nabi Adam tercampak ke dunia.
3. Kibas diganti Nabi Ismail (datang dari syurga)
4. Kisah unta Nabi Saleh
5. Hal ehwal dakwah semasa
LIMA (5) UJIAN ALLAH TERHADAP MANUSIA
1. Agama – Al-Ankabut : Ayat 3
2. Perhiasan dunia – Al-Kahfi : Ayat 7
3. Kehidupan (Baik/Buruk) – Al-Anbiyaa : Ayat 36
4. Ujian harta – Ali Imran : Ayat 186
5. Kematian – Al-Mulk : Ayat 2
LIMA (5) GOLONGAN TIDAK DAPAT MINUM DI TELAGA BERDASARKAN SURAH AL-KAUTSAR
1. Murtad semasa Nabi hidup
2. Murtad setelah Nabi mati
3. Orang munafik
4. Orang mengubah sunnah Nabi
5. Pelaku dosa Besar
PERTANYAAN ALLAH DI TITIAN SIRAT:
1. Mengenai keimanan kepada Allah dan rukun-rukun imam yang lain.
2. Mengenai solat Fardhu.
3. Mengenai Puasa Ramadhan.
4. Mengenai zakat.
5. Mengenai Fardhu Haji / Umrah.
6. Mengenai wudhu dan mandi hadas.
7. Adab terhadap orang tua/silaturrahim dan perbuatan zalim terhadap orang lain.
SEPULUH (10) BAHAGIAN MELINTASI TITIAN SIRAT
1. Pantas seperti kilat
2. Pantas bagai angin yang kencang
3. Laju seperti kuda
4. Seperti burung yang pantas
5. Melintas keadaan berlari
6. Melintas keadaan berjalan
7. Berdiri dan duduk
8. Menarik muka dengan rantai
9. Tertinggal di atas jambatan sirotul mustaqim.
10. Tidak diizinkan untuk menyeberangi.
EMPAT (4) AMALAN YANG MELEPASKAN KITA DARI TITIAN SIRAT
1. Bersedekah.
2. Membantu janda yang kematian suami.
3. Jadikan amalan rumah seperti masjid.
4. Tinggalkan dunia (Jangan letak dalam hati).
TUNTUTAN AL- QURAN
1. Khatam dua (2) kali setahun
2. Tadabbur – menghayati Al-Quran (makna, tafsir dan terjemahan)
3. Menghafal
4. Istiqamah ialah sentiasa membaca
5. Khatam 4 kali, khatam 10 kali, khatam 23 kali dan khatam 60 kali.
EMPAT (4) LANGKAH UNTUK MENENANGKAN HATI
1. Selawat
2. Istighfar
3. Baca Yassin (Hati Quran)
4. Banyakkan Hauqalah.
BAB 8
(40) AMALAN DARI AL-QURAN DAN AL-HADIS
10 AMALAN DOA
1. Doa selepas solat – 10 isi doa
2. Doa Masnun – 8 doa sahaja
3. Doa Witir
4. Doa Selamat
5. Doa Tahlil
6. Doa Solat Tahajud
7. Doa Solat Dhuha
8. Doa Solat Isyraq
9. Doa Rawatib (Dari Doa Sujud)
10. Doa Sunat Taubat
10 AYAT DAN SURAH AL-QURAN (223 AYAT = 2 juzuk)
1. Al-Fatihah – 8 ayat
2. Yassin – 83 ayat
3. Ayat Qursi – 1 ayat
4. Al-Ikhlas – 4 ayat
5. Al-Mulk – 30 ayat
6. Surah Sajadah – 30 ayat
7. Al-Baqarah – Ayat 1-59
8. Al-Bayyinah – 8 ayat
9. Al-Balad – 20 ayat
10. Al-Kahfi – 10 ayat
10 SOLAT SUNAT YANG AFDHAL (43 RAKAAT)
1. Solat Tahajud – 2 rakaat
2. Solat Witir – 3 rakaat
3. Solat Taubat – 2 rakaat
4. Solat Tasbih – 4 rakaat (tiada doa)
5. Solat Rawatib – 12 rakaat
6. Solat Hajat – 2 rakaat
7. Solat Dhuha – 4 rakaat
8. Solat Sunat Isyraq – 2 rakaat
9. Solat Tarawikh – 8 rakaat
10. Solat Jenazah – 4 takbir
*Setiap hari solat sunat – 31 rakaat
10 AMALAN ZIKIR
1. LAILLAHAILLALLAH – Baca 70 000 kali setahun sekali
2. Al-Fatihah baca antara solat Maghrib dan Isyak – 41 kali
3. Al-Ikhlas – 40 000 kali setahun sekali
4. Baca Yassin – 2 kali sehari (pagi-petang)
5. Baca ayat Kursi – 40 000 sekali sahaja
6. Zikir 300 pagi 300 petang
7. Zikir Allahu – 9,999 kali setahun sekali
8. Kalimah Allah – 25 000 kali setahun sekali
9. Selawat – sejuta kali sekali sahaja
10. Istighfar – setiap hari 100 kali
Ulama mengatakan kalimah “LAILLAHAILLALLAH” ada banyak makna yang utama. Makna yang utama ialah:
1. Kalimah Toyyibah
2. Kalimah Fitrah
3. Kalimah Ikhlas
4. Kalimah Syahadah
5. Kalimah Zikir
6. Kalimah Talqin
KALIMAH TOYYIBAH
1. Basmalah
2. Hamdalah
3. Hauqalah
4. Syahadatain
5. Tasbih
6. Istirja’
7. Bacaan Ta’awudz
8. Takbir
KALIMAH FITRAH
Maksud Fitrah ialah sifat semulajadi yang ada pada setiap kejadian Allah SWT. Fitrah beragama adalah naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.
KALIMAH IKHLAS DAN SYAHADAH
Ikhlas ialah yang menolak kemusyrikan, ucapan syahadah mesti diiringi dengan niat yang ikhlas. Ucapan syahadah yang bercampur dengan riak atau kecenderungan tertentu tidak akan diterima oleh Allah.
KALIMAH ZIKIR
Zikir yang terbaik ialah Kalimah “LAILLAHAILLALLAH” sepertimana maksud hadis:
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Demi yang diriku ditanyanya jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah “LAILLAHAILLALLAH” disebelah yang lain, maka dacing kalimah itulah yang lebih berat”. (At-Thabrani)
KALIMAH TALQIN
Sunatkan membaca talqin jika mayat itu berakal dan baligh, walaupun gila selepas baligh. Amalan Talqin adalah amalan yang bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW. Dengan berakhirnya pengurusan mayat dengan bacaan Talqin dan doa, lepaslah dan selesailah tanggungjawab orang yang hidup terhadap mayat sebagai fardhu kifayah.
BAB 9
KEHIDUPAN DI DALAM SYURGA
Syurga terdapat 7 tingkat dan terdapat tiap tingkat 8 pintu. Setiap 1 hingga 7 tingkat terdapat 100 tingkat. Tingkat yang paling atas ialah Jannatul Firdaus yang berada di tengah. Terdapat 12 ribu rumah dalam Jannatul Firdaus.
NAMA-NAMA SYURGA
1. Darul Jalal
2. Darul Salam
3. Jannatul Ma’wa
4. Jannatul Khuldi
5. Jannatul Naim
6. Darul Qaraar
7. Jannatul Firdaus
Syurga yang ke 8 ialah Syurga ‘Adn’. Di sinilah tempat syurga Allah SWT bersemayam.
TUJUH (7) GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH DI DALAM SYURGA
1. Pemimpin yang Adil
2. Pemuda yang rajin beribadat
3. Lelaki yang terpaut dengan masjid
4. Cinta sahabat kerana Allah SWT
5. Lelaki yang digoda berzina tetapi enggan
6. Orang yang menyembunyikan sedekahnya
7. Menangis kerana Allah
TIGA (3) GOLONGAN YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA
1. Lelaki yang memimpin sesuatu kaum tapi membenci Imam.
2. Seorang wanita yang tidur dalam keadaan suaminya murka.
3. Dua orang saudara yang saling bermusuhan.
SIAPAKAH PEWARIS SYURGA FIRDAUS.
Surah Al-Mukminun: Ayat 1-11
1. Orang yang khusyuk dalam solatnya
2. Mengelakkan perkataan buruk dan sia-sia
3. Orang yang menyucikan harta dan berzakat
4. Menjaga kehormatan dirinya
5. Menjaga Amanah dan janji
6. Memelihara solat Fardhu.
AMALAN RUTIN UNTUK MASUK SYURGA FIRDAUS ADA TIGA (3)
1. ‘LAILLAHAILLALLAHU WAKH DAHULA SARIKALAH. LAHU MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WAYUMIT WAHUWAALA KULLISHAI IN’ QODIRR’
-Barang siapa baca 100 kali (pada pagi hari) ditulis 100 pahala, diampuni 100 dosa.
2. ‘ALLAHUMMA ANTA ROBBI LAA ILAHA ILLA ANTA, KHOLAQTANI WA ANA’ ABDUKA WA ANA ‘ALA ‘AHDIKA WA WA’DIKA MASTATHO’TU. A’UDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHONA’TU, ABUU-U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA, WA. ABUU-U BI DZANBI, FARGHFIRLIY FAINNAHU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUUBA ILLA ANTA’
(Sayyidul Istighfar) sebanyak 70 kali satu hari pagi atau petang, Allah ampunkan segala taubatnya.
3. ‘BISMILLAHILLAZI LAA YADARRU MAASMIHI SYAIUNN FIL ARDI WALAFISSAMAK, WAHUWA A’LA QULLISHAI IN ALIM’
sebanyak 3 kali pagi dan 3 kali petang.
Kelebihan : Menyembuhkan sebarang penyakit iaitu penyakit lupa. Pahala seperti membebaskan 100 orang hamba Abdi di zaman Rasulullah.
KELEBIHAN MENGKHATAM AL-QURAN
Waktu yang sesuai membaca Al-Quran ialah sebelah petang dan selepas subuh.
1. Amalan yang paling dicintai oleh Allah – AL-HAL WAL MURTAHAL (membaca dari awal hingga akhir)
2. Menjadi syafaat di hari Kiamat nanti
3. Menjadi insan terbaik iaitu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
4. Untuk mendapatkan pahala dan akan bersama malaikat-malaikat yang taat di akhirat nanti
5. Mendapat pahala yang berlipat ganda (membaca satu huruf digandakan 10 kalinya)
6. Mendapat dua pahala, membacanya dan pahala belum lancar
7. Akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT
8. Mendapat ketenteraman dan rahmat yang percuma di sisi Allah SWT.
Khatam Al-Quran ialah selama dalam masa 30 hari sebulan, 20 hari, 15 hari (2 minggu) 10 hari atau 3 hari ( di zaman sahabat ada suasana untuk membaca Al-quran Nul-Karim maka mudah bagi mereka untuk mengkhatam selama beberapa hari shj)
LAPAN (8) SURAH PILIHAN
1. Al-Kahfi – Tidak terkena fitnah Dajjal
2. As-Sajadah – Seperti Ibadat malam Lailatul Qadar.
3. Yassin – Penyembuh / Al-Sifa’
4. Ad-Dukhan – Menghindarkan bala bencana
5. Al-Waqiah – Berkat rezeki dan seperti bersedekah kepada 360 sendi yang terdapat pada jasad
6. Al-Hasyar – Sembuh penyakit kecuali penyakit mati
7. Al-Mulk – Terselamat dari seksa kubur
8. Ar-Rahman – Pengamalnya akan mendapat syafaat
Sebagai tambahan surah-surah pilihan ada dua (2):
9. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)-Barangsiapa membaca ayat ke 4 dari surah ini segala benda-bendanya diberkati dan dipeliharaan.
10. Surah Al-Insaan (manusia) – Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya, nescaya Allah akan mengurniakan ilmu pengetahuan yang tidak diketahui.
TANDA DOA TERMAKBUL:
1. Rajin berdoa.
2. Berat tapak tangan.
3. Termenangis.
4. Khusyuk.
5. Istiqamah.
6. Bertambah perasaan takut pada Allah.
KATEGORI SAHABAT/TINGKAT-TINGKAT:
1. Kerabat Nabi- Isteri, Khalifah Ar-Rasyidin dan sebagainya.
2. Sahabat menuntut Ilmu seperti Ahli Suffah.
3. Sahabat yang pergi berperang- Badar, Uhud, Siffin dan sebagainya.
4. Sahabat yang setiap hari bertemu Nabi.
SAHABAT YANG MASUK NERAKA
1. Tidak membayar zakat.
2. Tidak pergi berperang.
3. Menjadi orang munafik.
4. Tidak berdakwah.
PENGERTIAN TAZKIYAH
Allah SWT berfirman:
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkannya”. (Asy-Syams Ayat 8-10)
Pentafsir mengatakan bahawa orang-orang yang beruntung adalah mereka yang Allah sucikan jiwanya dari kekufuran dan kemaksiatan, serta memperbaikinya dengan amal soleh.
Untuk mendapatkan keberuntungan tersebut dari Allah SWT. Ibnu Khatsir menjelaskan bahawa manusia harus menempuh jalan iaitu mentaati Allah, membersihkan jiwanya dari akhlak tercela serta membersihkan jiwa dari berbagai hal yang hina.
BENTUK-BENTUK TAZKIYYAH
1. Pandai Bersyukur.
2. Penyabar.
3. Amat belas kasihan.
4. Penyayang.
5. Santun dan Bijaksana.
6. Selalu bertaubat.
7. Lemah lembut.
8. Sangat jujur.
9. Dapat dipercayai.
KESIMPULAN
Menurut seorang ulama, Ilmu Kalam merupakan disiplin ilmu yang membahas Dzat dan sifat Allah SWT yang mungkin mulai berkenaan dengan masalah dunia sampai mati yang berlandaskan doktrin Islam.
Menurut Ibnu Khaldun, Ilmu Kalam merupakan ilmu yang mengandungi berbagai argumentasi tentang Akidah Imani yang diperkuat dengan dalil-dalil rasional. Ilmu Kalam bererti ilmu yang akan pembimbing pengikut-pengikutnya sampai kepada Nabi Muhammad SAW
Walla’ hu 'alam
No comments:
Post a Comment