6 SIFAT SAHABAT : 6. Dakwah dan Tabligh

Maksud Dakwah ialah mengajak dan Tabligh ialah menyampaikan. Kita kena usahakan bagaimana agama yang sempurna dapat wujud dalam diri kita, ahli keluarga dan seluruh umat (seluruh umat beriman dan taat perintah Allah. Lelaki akil baligh dapat solat berjemaah 5 waktu di masjid dan wanita-wanita dapat tutup aurat dengan sempurna).

Ubah salah faham kita bahawa harta, diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah. Allah swt telah beli diri, harta dan masa kita untuk digunakan di jalan Allah sebagai ganti Syurga. Kita kena (faham) gunakannya segala pemberian Allah untuk ikut kehendak Allah dan bukannya mengikut hawa nafsu (kehendak) kita sendiri.

Cara untuk mendapatkannya :

1. Dakwah iaitu hidupkan masjid kita dengan 5 amal masjid, keluar 3 hari setiap bulan, keluar 40 hari setiap tahun dan keluar 4 bulan seumur hidup.
2. Hidupkan 5 amal masjid, hidupkan dakwah, ibadat, ta'lim wa ta'lum dan khidmat dalam masjid. Adakan hubungan dengan markas dan sambut takazah agama.
3. Doa supaya Allah pilih dan istiqamah dalam usaha agama dan Allah pilih anak isteri dan zuriat keturunan dan seluruh umat Islam dalam usaha agama.

Kelebihan :

1. Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2. Seketika di jalan Allah lebih baik daripada beribadat di hadapan hajarul aswad,di malam Lailatulqadar.
3.Debu-debu yang melekat di badan orang yang keluar di jalan Allah diharamkan hatta asap api neraka menyentuhnya.
4. Malaikat yang menjunjung Arasy mendoakan keampunan kepada orang yang keluar di jalan Allah.
5. Sehari di jalan Allah lebih baik daripada seribu hari yang lain.


No comments:

Post a Comment