4 tempat untuk belajar Iman

1. BERDAKWAH (BERTABLIGH)

Dakwah adalah satu kerja dan dia tidak ada kena mengena dengan peribadi seseorang tetapi dakwah ialah usaha suci murni Nabi s.a.w. yang kita semua kena buat. Berulang-ulang kali kita mendengar bayan tentang kepentingan usaha agama adalah bertujuan untuk mewujudkan asas-asas yang setiap orang buat usaha dakwah harus ada dalam kehidupan mereka.

Satu orang yang buat usaha ini harus sedar kenapa dia buat usaha ini. Adakah semua orang lain buat maka kita pun ikut buat juga?. Kita buat usaha ini kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. perintahkan pada baginda Rasulullah s.a.w. supaya beritahu agama pada semua orang. Dengan basirah yang ada pada Nabi s.a.w. iaitu panggil manusia pada iman. Begitu juga basirah yang sama yang ada pada pengikutnya, kita kena panggil manusia pada iman. Bila kita dapat basirah ini, barulah kita dapat buat usaha dengan istiqamah.

Dan sekiranya kita tak ada basirah tentang kefahaman yang sebenar dalam usaha ini lama kelamaan kita akan jadi boring untuk buat usaha ini. Oleh itu kita kena fikir apakah maksud dalam satu-satu perkara yang kita nak usahakan. Maksud kita buat usaha dan dakwah manusia pada agama Allah s.w.t. ialah kita kena ubahkan pemikiran kita terhadap pendirian dan semangat kita.

Usaha yang kita buat ini bukan untuk islahkan orang lain tapi untuk islahkan diri sendiri untuk membetulkan iman dan yakin kita. Orang yang dapat hidayat melalui kita , itu natijah daripada usaha yang kita buat tetapi itu bukan maksud kita. Maksud kita yang sebenarnya ialah diri kita dapat di perbaiki.


2. HAJI DAN UMRAH

Ibadah haji ialah rukun Islam yang kelima. Kewajipannya dinyatakan di dalam al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’. Hukum haji dimaklumi dari agama dan sesiapa mengengkarinya menjadi kafir.

Firman Allah:

“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Ali-Imran: 97)

Firman Allah:

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”. (Al-Hajj: 27)

Orang yang mengerjakan fardu haji disyaratkan seorang yang mukallaf, iaitu beragama Islam, baligh dan berakal, seorang yang merdeka dan mempunyai kemampuan, iaitu berkeupayaan dari segi material dan fizikal.


3. BELAJAR DI MADRASAH (PONDOK/PASENTREN)

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Barangsiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke Syurga.” (Hadith Riwayat Muslim)

Tujuan utama madrasah adalah untuk melahirkan seorang hafiz, alim dan daie yang boleh menarik tangan umat akhir zaman kepada suasana agama seperti suasana yang wujud ketika hayat Baginda SAW. Ia adalah tempat pengajian Islam dijalankan supaya pelajar boleh memahami isi Alquran dan Hadith-hadith sekaligus untuk diamalkan dan disampaikan kepada seluruh umat.

Pelajar juga akan ditarbiyah dengan kepentingan amal, yakin hanya kepada Allah, adab, khidmat dan bersatu hati supaya pelajar akan menjadi seorang yang berilmu, beramal, soleh, berakhlaq baik, merendah diri dan sahsiahnya terpuji.

Pelajaran di madrasah ada dua aliran.
1) Hafiz
2) ‘Alim

Aliran hafiz ni menghafal Al quran. Dalam masa yang sama juga mereka akan belajar Ilmu tajwid dan Fardhu Ain. Bagi pelajar tahfiz, mereka mempunyai target untuk menghafal kesemua 30 juzu’ Al quran dalam beberapa tahun. Kebiasaannya dalam tempoh 2 ke 3 tahun sahaja. Selepas khatam menghafal 30 juzuk, mereka digalakkan untuk membuat Syahadah (kepakaran hafalan Al quran).

Bagi aliran Alim pula, ia mempelajari ilmu-ilmu agama menggunakan kitab turath secara bertalaqqi dan bersanad. Ia bermula dari pelajaran asas seperti Bahasa Arab, Tauhid, Feqah dan Tajwid. maka selepas pelajar dapat menguasai subjek asas, barulah mereka akan ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi seperti ilmu feqah, Tasawwuf (pembersihan hati), Tafsir Alquran.


4. KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:

1. Saiyidus Syuhur ( Penghulu sekalian bulan )

2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa

3. Syahrul Quran - Bulan Quran

4. Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran

Nabi s.a.w telah bersabda:

" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

PENGISIAN RAMADHAN

1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.

2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail

3. Meningkatkan amalan harian

4. Menunaikan solat tarawih

5. Bertadarus al-quran

6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir

8. Memperbanyakkan sedekah

9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa

10. Bersahur

11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum

12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

13. Menunaikan umrah jika mampu


Tahap Iman dan Cabang-cabangnya

1. Iman Para Nabi dan Rasul - Iman mereka sentiasa meningkat. Nabi menjalankan Dakwah pada kaumnya setiap hari dan beza Iman Nabi kerana mereka mempunyai Mukjizat dan dapat berhubungan dengan Allah melalui Wahyu


2. Iman Para Malaikat - Malaikat adalah makhluk selain manusia yang memiliki Iman. Ulama menceritakan tentang kehebatan kuasa Malaikat yang amat besar. Iman Malaikat ialah jenis Mendatar iaitu tidak naik tidak turun kerana Allah telah takdirkan Malaikat sentiasa dzikir kepada Allah dan berkebolehan melihat Allah swt.


3. Iman Para Sahabat - Nabi Muhammad saw telah dihantar ke mukabumi atas maksud untuk usaha atas Iman kita sebagai manusia. Sahabat ialah manusia yang sangat beruntung kerana Allah telah utuskan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul dikalangan para Sahabat dan hingga umat akhir zaman. Ulama telah gariskan sifat-sifat Sahabat dan mereka mempunyai Kekuatan Iman yang luarbiasa. Dengan Iman yang Kuat mereka dapat amal semua perintah Allah dan berani mati Syahid.


4. Iman Alim Ulama - Nabi pernah memberitahu Iman umat akhir zaman Lemah. Iman mereka Turun dan Naik. Mereka orang Alim tidak terlepas dari melakukan dosa seperti nipis kulit bawang. Pagi beriman, petang Kufur, petang Kufur, pagi beriman. Ini tidak menyebabkan mereka ini (Alim Ulama) masuk neraka cuma Iman mereka Lemah.


5. Iman Orang Islam - Ini iman kita sebagai Orang Islam. Iman Keluar - Masuk. Iman jenis ini berlaku kerana mereka tidak bertaubat dari melakukan dosa syirik, dosa kecil dan dosa besar. Inilah perkara Iman yang Alim-Ulama risaukan iaitu sekiranya perkara Iman ini tidak diusahakan akan menyebabkan orang itu masuk neraka selama-lamanya.


Semoga Allah selamatkan kita semua dari dosa ini.
Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment