Saturday, 10 October 2020

ZIKIR SETIAP HARI JANGAN DITINGGALKAN

Cara untuk mendapat menerimaan Allah zikir yang dipelajari :

Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .

Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 500 pagi dan 500 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Asar. Oleh itu zikir kita akan tetap 1000 kali setiap hari. kerana 1000 kali berzikir setiap hari akan menjadi kita orang yang sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan.

a) 100 - Tasbiat, (Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah SWT.

b) 100 – Shalawat, (Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW.

c) 100 – Istighfar (Astaqfirullah hal ‘aziim) Tanda cinta kita pada diri

d) 100 – Laaillahailla anta subhanaka inni kuntu minazholimin (zikir Nabi Allah Nuh Alaihissalam atau Nabi Yunus) sebagai tambahan, tanda kita benar-benar bertaubat, memohon bantuan Allah dalam setiap apa bentuk usaha kita dan minta Allah mudahkan kerja Dakwah yang kita lakukan serta dapat menyatukan ummat.

e) 100 - Lailahaillallah, almalikul haqqul mubin - zikir selepas Zuhur (atau bila-bila) "Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur."

Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment