Qada’ Solat yang ditinggalkan

Pertama :

Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.

(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)


Kedua :

Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.

Sabda Nabi:

Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti) — Riwayat Bukhari dan Nasai’e daripada Ibnu Abbas


Ketiga :

Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya

(Al-Ma’un 107:4-5)


No comments:

Post a Comment