Diri kita terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Yang Zahir - Tubuh kasar yang mati dan palsu duplicate iaitu bayang-bayang cermin
Diri yang Palsu iaitu tubuh kasar pada zahir insan dan jasad Nasah Jasmani.
2. Yang Batin - Tubuh Halus yang berkekalan dan yang haq iaitu original cermin
Sebenar-benar diri - Tubuh Halus iaitu batin insan, bertubuh insan dan tubuh rohani. Jasmani yang tulin, tidak zulmat dan paham rahsia-rahsia Allah swt.
ROHANI DAN JASMANI
Ini ialah yang dikatakan diri manusia yang sebenar-benarnya. Maka diri inilah yang menerima bahagian dari Allah. Diri inilah yang :
1. Tidak hangus kerana dibakar
2. Tidak lemas kerana direndam dalam air
3. Tidak rosak kerana dipukul
4. Tidak mati kerana disiksa
Diri inilah yang hanya menunggu azab sengsara yang berkekalan jika jasmani seseorang itu menjadi ahli neraka.
Wallahua'lam. Selamat beramal
No comments:
Post a Comment