Wednesday, 21 October 2020

Amalan Zikir Harian Imam al-Ghazali

Jika kita inginkan mengamalkan zikir dalam bilangan yang dihitung oleh Al-Ghazali, ianya tidak susah mana, sebenarnya,pecahkan angka 1000 itu kepada 5 (5waktu solat) maka pada setiap waktu solat, bacalah dalam bilangan 200 kali pada setiap kali solat fardhu. Insyaallah boleh amal, kalau tidak banyak sedikit pun Alhamdullilah. Mulakan dengan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah Penghulu segala hari.

Zikir Hari Jumaat :

Ya Allah (Wahai Allah)

Fadhilatnya:
Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

Zikir hari sabtu :

Laa ilaha illallah
(tiada tuhan melainkan Allah)

Fadhilatnya:
Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkannya


zikir hari ahad :

Yaa Hayyu yaa qayyum
(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)

Fadhilatnya:
Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Zikir hari isnin :

Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

Fadhilatnya:
Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

zikir hari selasa :

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim
(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

Fadhilatnya:
Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak

Zikir Hari Rabu :

Astaghfirullahal’azim
(Aku memohon keampunan kepada Allah)

Fadhilatnya:
Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.

Zikir hari khamis :

Subhanallahil azimi wabihamdih
(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)

Fadhilatnya:
Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

Amalkanlah zikir-zikir pendek dan mudah ini dalam hidup harian kita,semoga beroleh ketenangan dalam hidup dan juga menguatkan iman kita kepada Allah s.w.t .Sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t janjikan kepada hambanya yang berlaku taat.

Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment