Allah berfirman yang bererti :
Wahai Orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.(Al Ahzab:41).Hadith direkodkan Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu katanya :
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
"Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali zikir berikut iaitu : La ilaha illallah wahdahu la syarikalah lahu mulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qodir" nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis bagi 100 kebajikan, dihapuskan 100 dosa kejahatan, terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu, melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya.
Hadith sahih yang menyebutkan bilangan Tahlil sebanyak 100 kali menjadi dalil bahawa jumlah 100 kali merupakan syarat utama untuk mendapatkan pahala yang terbesar sebagaimana yang disebutkan. Adapun sabda Rasulullah yang bermaksud : "Melainkan seseorang yang beramal lebih daripada itu", maka ianya bermaksud (bertahlil) lebih daripada 100 kali. Maka (dapatlah difahami) bahawa kelebihan pahala bergantung kepada jumlah tahlil tersebut. Ini bertujuan supaya tidak wujud tanggapan bahawa tidak boleh bertahlil lebih daripada 100 kali.
No comments:
Post a Comment