Tuesday, 8 December 2020

Menangis ketika takwa kepada Allah swt

1. Umar al-khattab

Sementara itu Sayyidina Umar bin Khattab menangis saat meilhat Rasulullah tidur di atas tempat tidur yang seperti itu. Ketika melihat tangisan Sayyidina Umar, Rasulullah pun bertanya: “Mengapa engkau menangis, Wahai Umar?”.

Sayyidina Umar pun menjawab: “Saya teringat Kisra (raja Persia) dan Kaisar (raja Romawi). Anda adalah Nabi Allah, tidur di tempat seperti itu. Sementara mereka tidur di atas ranjang-ranjang emas, dan pakaian mereka adalah kain-kain sutera yang bagus,”.

Mendengar hal ini, Rasulullah SAW kemudian berkata: “Wahai Umar, apakah kamu tidak rela jika mereka hanya memperoleh hal itu didunia saja, sementara nanti akhirat hanya akan menjadi milik kita?


2. Ikhlas semata-mata kerana Allah

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Menjadi satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan Allah SWT serta mengenangkan dosa yang pernah dilakukan. Dalam kalangan salafussoleh ada menyatakan, ‘menangislah kerana takutkan Allah SWT, jika tidak dapat menangis, maka perlu berusaha juga untuk menangis.’

Allah SWT memuji hamba-Nya yang suka menangis kerana takut kepadanya menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan sebelumnya apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud dan mereka berkata: ‘Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” 
(Surah Al-Isra'  ayat 107-109)


3. Abu Bakar As-Siddiq

Suatu ketika Abu Bakar meminta diambilkan air minum karena haus, maka diambilkan untuknya semangkuk air yang telah dicampur madu. Ketika bibirnya sudah menyentuh tepi mangkuk, menangislah Beliau. Para sahabat di sekitarnya terharu melihat pemandangan itu, mereka pun turut menangis.

Sejenak tangis mereka reda, saat tangis Abu Bakar reda, tetapi Abu Bakar kembali menangis. Mereka menyangka tidak akan bisa menanyakannya. Saat Abu Bakar mengusap kedua matanya, mereka berkata kepada Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, khalifah Rasulullah, mengapa Anda menangis?"

Abu Bakar menjawab: "Pernah suatu saat aku bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, Beliau nampak sedang menghalau sesuatu dari dirinya, padahal aku tidak melihat siapa pun. Maka aku bertanya: "Wahai Rasulullah, siapa yang Anda halau?"

Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab: "Sesungguhnya dunia ini tampak bersolek di hadapanku, maka aku berkata padanya, enyahlah kau dariku, enyahlah!" Lalu dunia kembali lagi dan berkata, "Kalaulah engkau dapat lolos dariku, tetapi orang-orang setelah engkau sama sekali tidak akan lolos dari godaanku."


4. Menangis kerana Allah SWT

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka dan menangis teresak-esak. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN :

Lima(4) lagi kebaikan dan kelebihan menangis :

1) Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

2) Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang.

3) Ia membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Ia juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

4) Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress (kemurungan) akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh badan.

Rasulullah S.A.W adalah individu yang sering menangis. Baginda menangis bukan kerana lemah, tetapi baginda menangis ketika solat, saat mengingati Allah.

Dengan menangis, maka hati mudah tersentuh dengan kekuasaan Allah Ta’ala. Menangis juga menjadikan diri seseorang rendah hati, diampun dosa, dan menjauhi hal-hal yang tercela.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment