HADIS 3

Salatul Daiem

Sabda Rasullullah SAW :

“ Barang siapa tahu Ilmu Napas dalam dirinya, iaitu asalnya tempatnya , kehendaknya, kalimahnya maka tiada dibinasakannya oleh Allah taala, tubuhnya , tiada diceraikan Allah nyawanya dengan badannya, dilengkapkan Allah daripada serta dengan keikhlasan hatinya.”

Sabda Nabi lagi :

“ Ingatkah kamu mengenai napas dalam masa berdiri, dalam masa turun. Orang-orang yang tidak tahu tentang Salatul Daiem lebih hina daripada anjing dan babi di akhirat. Maka tidak akan tahu Salatul Daiem sebelum tahu Ilmu Napas.”

Ulasan :

Kita perlu bersyukur, bertuah dan bangga apabila dipilih Allah SWT menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Percaya kepada apa yang disampaikan Baginda adalah kesempurnaan iman bagi seseorang mukmin. Mungkin ada yang masih sangsi mereka berada di penghujung zaman.

Terdapat hadis disebut oleh Nabi SAW yang dimulakan dengan, “... akan tiba satu hari, “... sesungguhnya menjelang datangnya kiamat, “... pasti akan terjadi pada umatku...” semua itu kita menyangka merujuk kepada zaman yang bakal berlaku di hadapan kita ratusan tahun lagi.

Sebenarnya, semua yang dinyatakan itu zaman yang kita hidup pada hari ini. Akhir zaman itu adalah mengenai kisah diri kita. Kata-kata Nabi SAW itu benar dan ia sedang dan sudah berlaku. Antara peristiwa fitnah akhir zaman yang berlaku kepada umat Islam hari ini adalah penyakit cinta dunia dan takutkan mati.

Ramai umat Islam terperangkap dengan kekayaan harta, pangkat dan wanita sehingga mereka takut kehilangannya. Bahana penyakit ‘al-wahn’ itu turut menjadikan umat Islam bangga dengan Barat. Malah ada yang menyalahkan agama sendiri kerana dianggap terkebelakang, mundur dan kolot serta berasa malu beramal dengan ajaran Islam.

Sebuah hadis daripada Tsauban, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan tiba masanya umat (manusia merujuk Yahudi Nasrani) yang ramai mengelilingi kalian seperti orang-orang yang mengerumuni (jamuan) hidangannya. 

Maka ada seseorang bertanya: Apakah kerana sedikitnya bilangan kami (kaum Muslimin). Baginda menjawab: Bahkan ramai tetapi mereka (umat Islam) pada masa itu ibarat buih-buih air (di lautan). Sungguh Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu dan menimpakan penyakit al-wahn. Seseorang bertanya: Apakah penyakit al-wahn itu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Cinta dunia dan takutkan mati.” (Hadis riwayat Ahmad)

Wallahua'lamu


No comments:

Post a Comment