Friday, 9 October 2020

SEPULUH (10) ZIKIR ASMAUL HUSNA

Fadhilat dari 99 nama-nama Allah


1. Ya Allah – ياالله
Baca 1000 kali setiap hari nescaya mendapat keyakinan membuat sesuatu perkara atau baca seminggu sekali sebanyak 1000 kali setiap hari Jumaat.


2. Ya Aliim – يَاعَلِيْمُ (Maha Mengetahui)
Membaca sebanyak mungkin pada setiap hari, Allah akan menguatkan ingatan dan mengilhamkan berbagai macam pengetahuan.


3. Ya Samiiu’ – يَاسَمِيْعُ(Maha Mendengar)
Membaca sebanyak 500 kali pada hari Khamis selepas solat Dhuha. Allah akan memakbulkan doa-doanya.


4. Ya Bashiiru – يَابَصِيْرُ (Maha Melihat)
Membaca sebanyak 100 kali selepas solat Jumaat. Allah akan memberinya taufik untuk beramal soleh.

5. Ya Rosyiidu – يَارَشِيْدُ (Maha Pandai)
Dengan membacanya sebanyak 100 kali selepas solat sunat Isyak. Allah akan terima segala amal ibadatnya pada hari tersebut.


6. Ya Khaafidhu – يَاخَافِضُ (Maha Merendahkan)
Membacanya sebanyak 500 kali akan tercapai segala hajatnya atau munajatnya.


7. Ya Waduud – يَاوَدُوْدُ (Maha Pencipta)
Jika dibaca 1000 kali oleh suami, nescaya Allah memberi taufik pada isteri untuk mentaatinya.


8. Ya Majiidu – يَامَجِيْدُ (Maha Mulia)
Jika dibaca sebanyak mungkin (1000 kali) ketika berbuka puasa, Allah akan memelihara dari segala penyakit terutama penyakit sopak.

9. Ya Zhaahiru – يَاظَّاهِرُ (Maha Nyata)
Jika dibaca selepas solat Isyak sebanyak 1000 kali, Allah turunkan ke dalam hatinya makrifah.


10. Ya Waarishu – يَاوَارِثُ (Maha Mewarisi)
Dengan membacanya 1000 kali antara Maghrib dan Isyak, nescaya akan mencapai ketenangan jiwa.

Dalam buku Zikir Asmaul-Husna ada 99 nama Allah. Dalam nama Allah ada kelebihan masing-masing dan semuanya berbeza. Untuk memilih mana satu zikir yang kita untuk amalkan ialah bergantung kepada keinginan kita, sekiranya kita untuk menjadi Ahli Makrifah zikirlah Ya Zhaahiru 1000 kali selepas Isyak. 

Sekiranya kita untuk ketenangan jiwa zikir Ya Waarishu 1000 kali antara Maghrib dan Isyak. Dan begitulah seterusnya. Alim Ulama tidak menggalakkan untuk berzikir kesemuanya kerana Zikir-zikir ini adalah harus hukum. Zikir yang wajib hanya selepas Subuh dan Asar, wajib maknanya diwajibkan ke atas diri sendiri.

Kaedah untuk berzikir Asma-ul-Husna ialah menambahkan perkataan Ya dihadapan dan meletakkan Hu dibelakang. Menurut satu Hadis barangsiapa mampu menghafal 99 Asma ul-Husna akan masuk syurga. Cara untuk membacanya ialah dalam Doa selepas Solat Hajat dan mohonlah kepada Allah apa-apa hajat nescaya Allah tunaikan.

Selamat beramal. 


No comments:

Post a Comment