Monday, 7 December 2020

Delapan (8) pintu syurga

Para alim ulama membahaskan nama-nama pintu syurga yang disediakan oleh Allah seperti mana yang terdapat dalam hadis Nabi. Sabda baginda Rasulullah : Dalam syurga itu ada lapan pintu. - (HR Bukhari 3257).

Lapan pintu itu ialah:

1. Pintu Solat

Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.

2. Pintu Jihad

Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.

3. Pintu Ar-Rayyan

Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.

4. Pintu Sedekah

Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu.

Lantas Abu Bakar: "Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, iaitu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?" Baginda Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka." - (HR Bukhari)

5. Pintu Aiman (pintu paling kanan)

Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya.

Sabda Rasulullah: Lalu dikatakan, “Wahai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak ada hisab bagi mereka ke babul aiman (pintu paling kanan) dari salah satu pintu syurga, mereka bersama dengan manusia pada selain pintu itu.” 

6. Pintu menahan marah dan memaafkan manusia

Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.
Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan.
Sabda Rasulullah: Sungguh Allah memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman.

7. Pintu orang menyebut La Haula Wala Quata illa Billah

Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah. Sabda Rasulullah: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?" Jawabku:Tentu. Baginda bersabda: "La Haula Wala Quata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah)." 

8. Pintu hormat ibu bapa

Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.

Sabda Rasulullah: Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka jagalah kedua ibubapa kamu atau tinggalkan.

SEDIKIT PENAMBAHAN :

Ada 8 pintu surga. Ada empat pintu yang disebut dalam satu hadis. Sisanya dilihat dari hadis-hadis lainnya. Iaitu: (1) Pintu Solat, (2) Pintu Sedekah, (3) Pintu Jihad, (4) Pintu Ar-Rayyan, (5) Pintu Haji (6) Pintu Al-Ayman, (7) Pintu Al-Kazhimina Al-Ghaizha wa Al-Afina ‘an An-Naas.(8) Pintu sisanya adalah Pintu Dzikir, Pintu Ridha, atau Pintu Ilmu.

Wallahu'alam




No comments:

Post a Comment