75 Amalan Sunnah


75 amalan sunnah

Terlalu banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan setiap hari. Jika bukan setiap hari, mungkin boleh dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali. Mengapa perlunya amalan sunnah dipraktikkan dalam hidup seharian? Mungkin, ada yang bertanya. Bukankah sebagai umat Islam, rujukan dan panduan utama dalam hidup kita ini berdasarkan dua perkara, iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah Nabi SAW.

Amalan sunnah ini adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sama ada melalui perlakuan, perbuatan, percakapan dan ikrar Baginda. Sunnah juga bermaksud, sesiapa yang melaksanakannya beroleh pahala dan tiada dosa bagi yang meninggalkannya.


10 amalan sunnah harian yang mudah 

1. Sebelum Tidur

Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan. Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.

2. Bangun Dari Tidur

Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
( Hadis Riwayat Muslim)

Kemudian, membaca doa;

“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan).
( Hadis Riwayat Bukhari )

3. Masuk Dan Keluar Ke Bilik Air/Tandas

Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa ;

“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).” ( Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim )

Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;

“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).” ( Hadis Riwayat An-Nasa’ie )

4. Ketika Berpakaian

Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca “Bismillah” ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.

Doa memakai baju/pakaian :

“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”  Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.

5. Ketika Masuk Dan Keluar Rumah

Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;

“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”  ( Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi )

Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak. Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.

6. Ketika Memakai Kasut/Sandal/Selipar

Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.

Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” ( Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim )

7. Ketika Makan Dan Minum
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah, “Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.”  ( Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi )

Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.

8. Mengucap Salam Dan Bersalaman

Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.

Hal ini seperti sabda Baginda saw :

“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.” ( Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim )

“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.” ( Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah )

9. Senyum

Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya. Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” ( Hadis Riwayat At-Tirmizi )

10. Berzikir

Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu. Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring. Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt; “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.” ( Ar- Ra’d : 28 )

10 Amalan Sunnah di Bulan Ramadan
Bulan ramadan menjadi bulan yang penuh dengan keberkahan. Allah SWT akan melipatgandakan pahala seseorang yang senantiasa menjaga ibadahnya.

1. Makan sahur

Rasulullah bersabda: "Bersantap sahurlah kalian, karena dalam sahur itu ada keberkahan," (HR al-Bukhari).

2. Menyegerakan berbuka
Umat islam dianjurkan untuk menyegerakan berbuka setelah waktunya tiba. Makanan yang disunnahkan dikonsumsi saat berbuka puasa yakni kurma. Dalam sebuah riwayat disebutkan sebelum melaksanakan solat Maghrib, Rasulullah SAW selalu berbuka dengan kurma basah. Apabila tidak ada kurma basah dapat diganti dengan kurma kering ataupun air.

3. Membaca doa ma'tsur sebelum atau setelah berbuka

Artinya, “Ya Allah, hanya untuk-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, atas rezeki-Mu aku berbuka, hanya kepada-Mu aku bertawakal. Sungguh, rasa haus sudah sirna, urat-urat sudah basah, dan balasan sudah tetap, insya Allah. Wahai Dzat yang maha luas karunia-Nya, ampunilah aku. Segala puji hanya milik Allah Dzat yang telah memberiku petunjuk, hingga aku kuat berpuasa. Lalu Dia memberiku rezeki, hingga aku bisa berbuka.”

4. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar agar bisa menunaikan ibadah

Umat islam yang akan mandi besar dari junub, haid, maupun nifas dianjurkan untuk melakukkan sebelum terbit fajar agar bisa menunaikan ibadah dengan suci. Selain itu dikhawatirkan masuk ke mulut dan bagian lain.

5. Menahan lisan

Selama menjalankan ibadah puasa, umat Islam sangat dianjurkan untuk menjaga lisannya dari ucapan yang tidak berguna. Hal ini justru akan menggugurkan pahal berpuasa seseorang. Tidak hanya saat berpuasa, umat Islam juga selalu diingatkan untuk menjaga lisannya dimanapun itu.

6. Menahan diri

Berpuasa menjadi ajang untuk menahan lapar, haus, serta hawa nafsu. Umat Islam dianjurkan untuk selalu menahan diri. Sesutau yang berlebihan justru tidak baik bagi dirinya sendiri.

7. Memperbanyak sedekah

Sedekah dapat dilakukan kepada siapapun itu. Sedekah juga dapat diberikan dalam bentuk apapun.

8. Memperbanyak iqtikaf di masjid.

Iqtikaf atau berdiam diri di masjid sebaiknya dilakuan selama sebulan penuh di bulan ramadhan.
Atau diutamakan di sepuluh malam terkahir bulan ramadhan. Saat memasuki sepuluh hari terakhir, Rasulullah SAW selalu menghidupkan malam, membangunkan keluarga, dan mengencangkan ikat pinggang sebagai bentuk kesiapan beribadah.

9. Khatam Al Quran

Di bulan ramadhan yang penuh berkah, umat Islam juga dianjurkan untuk mengkhatamkan Al Quran.
Setidaknya paling sedikit satu kali dalam sebulan. Namun sebaiknya dilakukan sebanyak mungkin.

10. Istiqamah

Umat Islam sebaiknya senantiasa istiqamah dalam menjalankan segala amalan di bulan ramadhan. Tak hanya di bulan ramadhan, amalan tersebut diharapakan dipraktikkan pada bulan-bulan selanjutnya.


10 Amalan sunat hari Jumaat

1. Memotong kuku

Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku. Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

2. Mandi sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

3. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi. Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

4. Perbanyakan bersedekah

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)

5. Memakai pakaian yang elok

Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain. Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

6. Memakai wang-wangian

Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi. Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.

7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya. Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

8. Berselawat

Setiap kali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

9. Hadir awal ke Masjid

Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.

10. Perbanyakkan solat sunat

Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib. Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah.


15 Amalan Sunnah Umat

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.

1. Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)


6 amalan diajar Nabi SAW agar jadi penyelamat ketika meniti Titian Sirat

Dalam hadis Nabi SAW disifatkan bahawa titian sirat itu lebih halus daripada rambut yang dibelah tujuh dan lebih tajam daripada mata pedang. Bayangkan betapa bahayanya titian sirat itu, kita sewajarnya tahu selok-belok bagaimana nak meniti agar melepasinya dengan baik yang mana keadaannya yang sangat berbahaya kepada manusia.

Dinyatakan dalam hadis juga bahawa pelbagai cara manusia meniti titian sirat itu bergantung kepada banyak dan sedikit amalan kebaikan manusia berdasarkan kepada amalan pada masa hidupnya di dunia. Ada yang melintasinya seperti kilat cepatnya, ada yang seperti kuda, ada yang berjalan dan ada yang merangkak.

Di atas titian itu ada terdapat banyak penyangkut seperti mata kail yang besar dan akan menyangkut mereka yang banyak dosa sehingga menyebabkan pendosa itu terjatuh ke dalam neraka. Nauzubillah.

Enam(6) amalan yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW seperti berikut:

1. Sentiasa berada di masjid

Abu Darda’ berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: Masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertakwa dan Allah akan memberikan kesenangan, rahmat dan (keselamatan) di atas sirat menuju keredaan Allah ke dalam syurga bagi sesiapa sahaja yang menjadikan masjid-masjid sebagai rumahnya.”

Sentiasa berada di masjid untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama dan juga membaca al-Quran akan membuatkan seseoerang mendapat kelebihan ketika meniti Titian Sirat. Maksud orang yang sentiasa pergi ke masjid ialah melakukan solat berjemaah, belajar ilmu agama di masjid, bergaul dengan orang soleh di masjid dan melakukan pelbagai aktivit keagamaan di masjid atau surau. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi bahawa di masjid adalah tempat orang yang bertakwa kepada Allah.

2. Bersedekah dengan baik

Bersedekah lebih afdal kepada kaum keluarga terdekat dahulu yang mana Allah akan berikan dua jenis ganjaran pahala: Pertamanya ialah pahala sedekah, keduanya pahala menghubungkan silaturrahim di antara ahli keluarga.

Bersedekah juga hendaklah dengan cara yang baik seperti penuh keikhlasan, tidak disusuli dengan ungkit-mengungkit bertujuan berbangga-bangga selain mahu menyakitkan hati orang yang kita bantu.

Dalam riwayat Ibnu Hibban disebutkan bahawa: “Barang siapa yang memaafkan kesalahan seorang muslim, maka Allah akan mengampunkan kesalahannya pada hari kiamat.”

Nabi SAW bersabda daripada Abu Nuaim dan Asbahani meriwayatkan secara marfu’: “Barangsiapa bersedekah dengan baik, maka dia akan melintas di atas sirat dengan lapang dada”.

3. Memaafkan Kesalahan

Menerima pembatalan pembelian seseorang muslim dan memaafkan kesalahannya. Maksudnya kita dalam urusan transaksi jual beli atau apa-apa urusan kalau ada kecacatan pada barang yang dibeli contohnya, maka jika pembeli membatalkan pembelian tersebut, maka kita menerimanya dan meyelesaikannya dengan cara yang baik.

Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menerima pembatalan pembelian saudaranya, maka Allah SWT akan mengampunkan kesalahannya pada hari kiamat.”

Dalam riwayat Ibnu Hibban disebutkan bahawa: “Barang siapa yang memaafkan kesalahan seorang muslim, maka Allah akan mengampunkan kesalahannya pada hari kiamat.” Sifat suka memaafkan kesalahan orang lain ini sebenarnya sangat mulia dan akan menenangkan hati kita dengan sebab tiada dendam kesumat.

4. Memudahkan kesulitan orang lain

Saidatina Aisyah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang menjadi penghubung bagi saudaranya yang muslim kepada penguasa dalam menyampaikan satu kebaikan atau memudahkan satu kesulitan, maka Allah akan membantunya dalam melintasi sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki-kaki”.

Contohnya dalam kehidupan kita seharian banyak urusan kita dengan pihak berkuasa bermula dengan pendaftaran surat beranak, urusan membuat kad pengenalan, mendaftarkan sekolah anak, permohonan-permohonan permit, lesen dan sebagainya sehinggalah kepada urusan kematian.

Maka jika kita menolong orang lain mempermudahklan urusan mereka, maka Allah akan selamatkan kita meniti titian sirat.

5. Membantu memenuhi keperluan orang lain

Dalam satu hadis Nabi SAW daripada Anas bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah?”

Baginda bersabda: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang membahagiakan seseorang muslim; mengatasi kesulitannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya, serta berjalan bersama saudaraku untuk satu keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di masjid ini selama satu bulan.

"Dan barangsiapa yang dapat menahan amarahnya pada hal dia mampu untuk melempiaskannya jika dia mahu, maka Allah akan memenuhi hatinya pada hari kiamat dengan keredaan, dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk satu keperluan sehingga dia dapat memenuhinya, maka Allah akan memantapkan kedua kakinya pada hari di mana kaki-kaki akan tergelincir” - [HR al-Asbahani dab Ibnu Abi Dunya].

6. Melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang munafik

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang yang nampak munafik, maka Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Barangsiapa menuduh seorang muslim dengan tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas sirat Jahannam sehingga dia dibersihkan dari dosa yang telah dia katakan.” - [HR Abu Daud].


10 Amalan Dan Ibadah Rasulullah SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat pula, kaum mulimin disaranankan agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzab; Ayat,21)

1. Wuduk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari tandas, Kemudian dihidangkan kepadanya makanan, lalu para sahabat bertanya: “Apakah kami perlu menyediakan bagi Tuan air wuduk’?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya daku disuruh berwuduk apabila daku akan melakukan solat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Isma’il bin Ibrahim, dari Ayyub, dari Ibnu Mulaikah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

“Aku baca dalam Taurat bahawa berkah makanan itu kerana berwuduk sebelum makan dan berwuduk sesudahnya. Hal tersebut kutanyakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku nyatakan apa yang pernah kubaca dalam Taurat itu; Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berkah makanan itu disebabkan berwudhu sebelum makan serta sesudahnya.” (Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari Abdullah bin Numair, dari Qeis bin Rabi’*. Hadist ini pun diriwayatkan pula oleh Qutaibah, dari `Abdul Karim al Jurjani, kedua riwayat itu bersumber dari Qeis bin Rabi’, dari Abi Hisyam Adahzadan yang bersumber dari Salman r.a.)

2. Membaca Al-Quran

“Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Bagaimanakah bacaan (Al Qur’an) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?” Beliau menjawab: “Bermad (bertajwid).” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jurair bin Hazim, dari ayahnya, yang bersumber dari Qatadah r.a.)

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memotong bacaannya (pada setiap ayat). Beginilah cara membacanya: “Alhamdulillahi Rabbil Alamin”, kemudian Baginda berhenti. Seterusnya dibaca: “Arrahmanirrahim”, kemudian Baginda berhenti. Lalu dibaca lagi: “Maliki yaumiddin”.” (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Yahya bin Sa’id al Umawi, dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Abi Mulaikah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)

3. Solat Sunat Di Rumah

“Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang solat di rumah dan solat di masjid.” Baginda bersabda: “Sungguh, kau melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sesungguhnya aku lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fardhu.” (Diriwayatkan oleh `Abbas al Anbari, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari al A’la bin Harits, dari Haram bin Mu’awiyah, yang bersumber dari bapa saudaranya Abdullah bin Sa’ad r.a.)

“Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak wafat, sampai kebanyakan solatnya (solat sunnat) dilaksanakan dalam keadaan duduk.” (Diriwayatkan oleh al Hasan bin Muhammad az-Za’farani, dari al Hajjaj bin Muhammad, dari Ibnu Juraih, dari Utsman bin Abi Sulaiman, dari Abu Salamah bin Abdurrahman, yang bersumber dari Aisyah r.a.)

4. Solat Rawatib

“Aku pelihara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berupa solat lapan rakaat, dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat Maghrib dan dua rakaat sesudah solat Isyak.” Seterusnya IbnuUmar berkata: “Hafshah menceritakan kepadaku perihal dua rakaat Solat Fajar. Tapi aku tak pernah melihatnya dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Marwan bin Mu’awiyah al Farazi, dari Ja’far bin Burqaq, dari Maimun bin Mihran, yang bersumber dari Ibnu `Umar r.a)

Disebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat Fajar di rumahnya, maka Ibnu Umar tidak pernah melihatnya. Hafshah (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan abangnya Ibnu Umar, keduanya adalah putera Umar bin Khathab r.a.

5. Solat Dhuha

“Aku mendengar Mu’adzah (binti Abdullah al-Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada Aisyah r.a.: “Apakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat pada waktu Dhuha?” Aisyah r.a. menjawab: “Benar, Baginda melakukan empat rakaat. Dan kadang-kadang Baginda menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)

“Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat empat rakaat sesudah tergelincir matahari, sebelum solat Zohor.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya waktu itu merupakan masa pintu-pintu langit terbuka. Maka aku menyukai amal soleh ku diangkat pada saat itu.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Mutsana, dari Abu Daud, dari Muhammad bin Muslim bin Abil Wadldlah, dari Abdul Karim al Jazari, dari Mujahid, yang bersumber dari Abdullah bin as Saib r.a.)

6. Solat Tahajjud

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri (solat) hingga bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Tuan membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah SWT telah mengampuni Tuan dari segala dosa, baik yang terdahulu mahu pun yang akan datang?” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Tidak patutkah daku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)

“Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat malam hari tiga belas rakaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

“Sesungguhnya apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak sempat solat malam hari kerana tertidur atau berat rasa ngantuknya, maka Baginda lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

“Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan solat di malam hari sebelas rakaat. Rasulullah lakukan solat witir (ganjil) satu rakaat. Apabila Baginda selesai melakukan solat itu, Baginda berbaring dengan lambung kanannya di sebelah bawah.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa, dari Ma’an, dari Malik, dari Ibnu Syibab, dari Urwah,yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

7. Solat Witir

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. dari Abu Hurairah, Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

8. Zikir Rasulullah SAW

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.; “Beberapa orang miskin (fakir) menemui Nabi Muhammad SAW dan berkata, “Orang kaya akan mencapai darjat tinggi dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu melaksanakan ibadah Haji dan Umrah; berperang di jalan Allah dan menderma.”

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kukatakan sesuatu kepada kamu yang apabila kamu kerjakan, kamu akan mampu mengejar orang-orang yang mengunggulimu? Tidak ada yang akan melebihi kamu dan darjat kamu akan lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kamu kecuali yang mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali setiap kali selesai mengerjakan solat.”

Perawi hadis ini berkata, “Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda bersabda, “Ucapkanlah; Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.” (Sahih Bukhari )

Dari Jabir bin Abdullah ra., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR. Tirmidzi)

9. Puasa Sunat

“Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada bulan Syaaban dan Ramadhan.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Manshur, dari Salim bin Abil Ja’di, dari Abi Salamah, yang bersumber dari Ummu salamah r.a.)

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah r.a.)

“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah r.a.)

10. Sedekah

Diriwayatkan ketika Sayyidatina Aishah dikunjungi peminta sedekah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meminta Aisyah memberikan separuh daripada kurma yang mereka ada kepada seorang hamba kerana ia sudah mencukupi untuk Aisyah dan juga kepada hamba itu.

Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan meminta sesuatu daripada Baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berasa ihsan lalu berusaha membantu lelaki Ansar mencari modal dengan melelong dua barang yang ada pada lelaki itu kepada sahabat yang hadir dan berjaya mendapatkan dua dirham.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyerahkan wang itu kepada lelaki Ansar berkenaan lalu berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluan keluargamu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali ke sini.” Beberapa ketika kemudian lelaki itu kembali semula menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa sebilah kapak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu dan berkata, “Pergilah cari kayu api sebanyak mungkin lalu hasilnya kamu jualkan di pasar.” Lelaki itu akur melaksanakan apa yang disaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dua bulan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaporkan hasil kerjanya yang berjaya meraih wang sebanyak sepuluh dirham. Kemudian Baginda meminta wang perolehan itu digunakan untuk membeli pakaian dan makanan keluarga lelaki Ansar tersebut.”

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi) ~ Abdullah bin Harits, pernah ditanyakan tentang Baginda: “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR Tirmidzi).

10 amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya

1. Bertakbir

Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri.
Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

2. Lafaz ucapan selamat atau saling mendoa antara satu sama lain

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”Doa yang digalakkan adalah:

“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.

3. Meneruskan Qiamullail

Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri. Niat mandi, “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.

Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:

Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.” (Riwayat Bukhari)

6. Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya” ( Hadis Riwayat Al-Hakim )

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat aidilfitri

Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari)

9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri dan Saling Menziarahi

Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w : “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim) Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah).


4 (empat) amalan sunnah umpama tunai hak ibadah

Solat, puasa, tilawah dan sedekah menjadi empat ibadah yang sangat ditekankan dalam Islam seperti disuruh Rasulullah SAW. Sheikh Nawawi al-Bantani dalam kitabnya, Nashaihul ‘Ibad, iaitu kumpulan nasihat pilihan kepada hamba Allah SWT menyebut empat amalan sunah yang perlu diamalkan.

1. Solat

Beliau menulis sesiapa yang melaksanakan solat sunat rawatib 12 rakaat setiap hari, orang beriman itu sudah menunaikan hak solat. Sheikh Nawawi berkata, 12 rakaat sunat rawatib itu ialah dua rakaat sebelum solat Subuh yang juga dikenali sebagai solat sunat fajar; dua rakaat sebelum dan selepas solat Zuhur; empat rakaat selepas solat Asar dan dua rakaat selepas solat Maghrib.

Beliau turut menyertakan perincian solat sunat rawatib yang berbeza dalam hadis riwayat Imam Tirmizi, iaitu dua rakaat solat sunat fajar; empat rakaat sebelum dan dua rakaat selepas solat Zuhur serta dua rakaat masing-masing selepas solat Maghrib dan Isyak.

2. Puasa

“Sesiapa berpuasa tiga hari setiap bulan, maka dia sudah menunaikan hak puasa, manakala orang yang membaca 100 ayat setiap hari, dia menunaikan hak membaca. Dalam menjelaskan puasa tiga hari setiap bulan, Sheikh Nawawi menegaskan maksudnya ialah puasa hari putih yang merujuk ketika bulan mulai terang hingga menjadi purnama kecuali pada Zulhijjah. Beliau turut memetik kitab at-Tuhfah yang menyatakan hikmah disunatkan puasa tiga hari setiap pertengahan bulan dalam kalendar Hijrah disebabkan pahala puasa setiap hari itu digandakan 10, sekali gus menjadikannya seolah-olah berpuasa sebulan penuh.

3. Sedekah

“Sesiapa yang bersedekah satu dirham (2.975 gram perak atau RM6.75) setiap Jumaat, maka dia sudah menunaikan hak sedekah,” tulisnya. Orang yang sentiasa bersedekah akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak. Itu termasuk mereka yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

4. Membaca Al-Quran

Dalam konteks tilawah al-Quran pula, Sheikh Nawawi menyarankan umat Islam supaya membaca tujuh surah Munjiyyat setiap hari, iaitu as-Sajadah, Yasin, Fushilat, ad-Dukhan, al-Waqi’ah, al-Hasyr dan al-Mulk. Selain itu, beliau turut mencadangkan kita membaca ayat permulaan surah al-Hadid, ayat terakhir al-Hasyr, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas setiap pagi serta petang.


SEMOGA AMAL KITA INI DITERIMA DAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT

WALLAHU A'LAM...

6/7/2020


2 comments:

  1. mohon dicetak untuk dijadikan koleksi dan bacaan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah moga diberkati Allah swt. Okay tq

      Delete