1. Zikir darajat - (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) - Kalimah Toyyibah
2. Zikir Ismu al-dzat - (الله)3. Selawat Nabi
4. Istighfar
Zikir Darajat - (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) - Kalimah Toyyibah
Daripada Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani).
Merupakan anak kunci Syurga. Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudanya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah (Hadis riwayat Imam Ahmad). Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Zikir Ismu al-dzat - (الله)
Zikir Ismu al-dzat dinamakan juga zikir qalbi, yang mana hati menyebut nama Allah, Allah, Allah secara berterusan. Selain perintah Allah, tujuan zikir ini supaya melatih hati agar sentiasa ingat dan merasakan kehadiran bersama Allah. Untuk dapat menetapkan zikir “Allah” ini di dalam hati, memerlukah kesungguhan dan latihan yang lama.

Hati yang sentiasa ingatkan Allah di setiap saat, menandakan hati yang bersih dan mencintai Allah. “Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”. (Al-Jumu'ah 62:10)
Selawat Nabi
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan”. (HR Tirmizi). Mendapat syafaat Nabi. ”Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat”- HR Thabrani.

Zikir asas ini boleh dilakukan sebanyak yang mungkin. Dan setelah melakukan zikir yang asas, jika ada masa atau keinginan, bolehlah ditambah dengan ayat mathurat (zikir dan doa warisan Nabi), atau membaca Al Quran.
Istighfar
أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
“Jika seseorang melakukan sebuah dosa, dititiklah satu titik hitam pada hatinya. Jika dia bertaubat, berhenti (melakukan dosa), lalu beristighfar, hatinya akan kembali bersih. Jika dia mengulangi dosanya, ditambahkanlah titik hitam sampai menutupi hatinya, dan jika hatinya sudah tertutup, itulah ar-rain ‘penutup hati’ yang Allah ‘Azza wa Jalla sebuntukan dalam Al-Quran, ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya sesuatu yang selalu mereka usahakan itu menjadi ar-rain terhadap hati-hati mereka.’ [Al-Muthaffifin: 14].”

Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment