1. suluk – jalan ke arah kesempurnaan batin; tasawuf; tarekat
2. pengasingan diri; khalwat;
bersuluk – mengasingkan diri; berkhalwat.
Bersuluk itu adalah kombinasi perbuatan beruzlah dan berkhalwah dalam istilah Ilmu Tasawuf.Ia dipanggil iktikaf di dalam ilmu Feqah.Iktikaf itu tertentu di dalam masjid.
Beruzlah itu meninggalkan kampong halaman atau rumah menuju ke suatu tempat
kemudian duduk di tempat itu tidak keluar-keluar 10 hari 10 malam atau 40 hari 40 malam itu dinamakan khalwah.Ia juga dipanggil khalwah fil uzlah manakala
khalwah fil jalwah pula , walaupun si salik itu berjalan,hatinya nampak Allah.
Ia adalah satu praktis secara intensif melakukan zikrullah bermula dengan berbilang-bilang hinggalah berzikir sampai tidak terbilang seperti air yang mengalir.
Maka mudah dan cepatlah hati sanubari itu menerima tarqiyah dari Allah,
dibukakan hijab dan tutupan hati untuk melangkah dari alam nasut ( alam sifat
kemanusiaan ) ke alam malakut ( alam lakaran ) kemudian ke alam jabarut
( alam sifat ) seterusnya ke alam lahut ( kesedaran sifat ketuhanan ).
Salik akan dapat memerhatikan Allah dengan Allah, basrahu bi basrihi.
Ia suatu bentuk beribadat yang terasing daripada manusia lain atau orang lain
yang bukan dari kalangan jamaah supaya tiada gangguan ketika bersuluk itu.
Ia suatu cara atau kaedah untuk tabattal ilaihi tabtiila , memutuskan
hubungan dengan yang lain selain dari ingat Allah.
Ahli-ahli Sufi sepakat mengatkan bahawa jika hendak menemui Allah swt
mestilah melalui jalan fana’’dan jalan fana’ itu boleh diperolehi melalui suluk.
Salik atau orang yang bersuluk itu dipimpin taubat dan zikirnya oleh Guru Mursyid.
Salik melakukan solat taubat dan berzikir berterusan sepanjang suluk itu berjalan.Jika duduk seorang diri di dalam bilik di rumah itu tidak dipanggil bersuluk kerana tiada pengawasan guru.
No comments:
Post a Comment