Saturday, 5 December 2020

Bentuk Pemahaman dalam Tarekat Islam

1. Usrah

Usrah ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk. Perkataan usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud "keluarga". Walaupun begitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah. Usrah adalah tapak asas kepada pembentukan tarbiyah individu muslim.

2. Uzlah

Dari sudut bahasa, uzlah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pengasingan diri daripada orang banyak. Ia juga diertikan sebagai khalwat. Perkataan ini berasal daripada ‘azala yang bermaksud meletakkan sesuatu di tempat lain atau menjauh dan menghindar. Manakala ‘uzlah bermaksud menjauhi atau mengasingkan diri daripada orang lain. Pengertian ini tidak berbeza dengan maksud uzlah dalam istilah tasawuf iaitu kegiatan.

3. Suluk

Suluk secara harfiahnya bererti menempuh (jalan). Dalam kaitannya dengan agama Islam dan sufisme, kata suluk bererti menempuh jalan (kerohanian) untuk menuju Allah. Menempuh jalan suluk (bersuluk) mencakupi sebuah bidang disiplin seumur hidup dalam melaksanakan aturan-aturan eksoteris agama Islam (syariat) sekaligus aturan-aturan esoteris agama Islam (hakikat). Ber-suluk juga mencakupi hasrat untuk Mengenal Diri, Memahami Esensi Kehidupan, Pencarian Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (Ilahiyyah), melalui penempatan diri seumur hidup dengan melakukan syariat lahiriah sekaligus syariat batiniah demi mencapai kesucian hati untuk mengenal diri dan Tuhan.

4. Istiqamah

Istikamah atau istiqamah dalam terminologi Islam adalah hal berpendirian kuat atau teguh pendirian.(Alif) merupakan contoh dari nama yg istiqamah. Jadi bisa di simpulkan istiqama, istiqamah yang berarti tegak lurus. Istiqamah berarti sikap teguh pendirian dan selalu konsekuen. Adapun menurut istilah, istikamah adalah tetap dalam pendirian, yaitu ketetapan hati untuk selalu melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang baik atau berketetapan hati, tekun, dan terus-menerus menggiatkan usahanya untuk mencapai cita-citanya. Dalam Islam, istikamah secara spesifik adalah sebuah komitmen dan konsisten dalam tauhid, ibadah dan akhlak.


No comments:

Post a Comment