Bangsa Jin Nusaibin

Golongan Jin ada 3(tiga) :

1. Jin Mukmin - Mustahil kerjasama dengan Manusia
2. Jin Fasik - Jin yang beriman kepada Allah
3. Jin Kafir - Namanya Syaitan

Mulanya kisah Jin apabila pada suatu hari Jin Nusaibin mendengar Nabi Muhd membaca Al-Quran di sebatang pokok iaitu di Pokok Sahabat (pokok yang masih ada sehingga ke hari ini). Kemudian Jin Nusaibin mendengar Nabi Muhd membaca Al-quran dengan kuat menyebabkan Jin Nusaibin tertarik dengan suara itu. 

Lalu Jin Nusaibin menampakkan diri kepada Nabi Muhd (beliau terkejut) dan meminta agar Nabi mengajarkan kepada beliau Al-quran. Jin Nusaibin telah mengumpulkan sejumlah jin dan akhirnya jin-jin tersebut telah memeluk Islam. Kemudian bangsa Jin Nusaibin telah mendakwah jin-jin lain untuk masuk Islam dan akhirnya menjadi pengikut Nabi Muhd SAW.

Iblis dari golongan Jin :

Menurut dalam salah satu kitab, Iblis telah menipu Jin bahawa Allah tidak ujud dan menyebabkan sebahagian Jin telah murtad dan menjadi kafir. Begitulah hebatnya Iblis sehingga bukan saja manusia jadi Kafir malah jin pun turut disesatkan oleh Sang Iblis.

Dalam Shahih Bukhari dan Muslim :

Nabi memberitahu Iblis memiliki singgahsana di atas lautan dan ingin menyaingi Allah swt. Allah swt memberitahu kepada kita bahawa kerja Iblis itu mustahil bagi Allah dan tidak ada satu makhluk pun yang akan dapat menyaingi kuasa Allah termasuklah Iblis laknatullah.

Berbeza dengan kaum Jin iaitu mereka mempunyai hitungan waktu yang berbeza dan mereka khusus untuk mencari hidayah. Allah memberi mereka Iman dan Imannya lebih khusus dari manusia. Dalam Surah Al-jin (dalam Al-quran) Nabi Muhd SAW hanya membaca beberapa ayat sahaja kepada Jin dan bukan keseluruhan Al-quran (lalu kami beriman).

Barangsiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka dia tidak akan takut akan pengurangan pahala dan tidak takut juga penambahan dosa dan juga kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Ini ada diterangkan dalam Surah Al-jin ayat 1 hingga ayat 18.

Ayat 14 surah Al-jin :

"dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang taat maka mereka sesungguhnya mereka itu telah memilih jalan orang yang lurus".

Ayat 15 surah Al-jin :

"adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, lalu mereka menjadi kayu bakarnya Neraka Jahanam" - Nauzubillahi minzalik.

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment