Saturday, 24 October 2020

Solat Jenazah Ghaib (secara ringkas)

Pertama:

Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat yang ghaib ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Taala.”

Kedua:

Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah surah fatihah.

Ketiga:

Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula dan letakkan tangan seperti biasa dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.


اللهم صلِّ على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Keempat:

Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat.

sekurang-kurang bacaan doa adalah:



Kelima :

Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”

Keenam:

Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.


Kesimpulan :

Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada. Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.

Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment