Jasad Kasar kita mengandungi "hati" kita iaitu "usul manusia" yang menjadi nilai kita disisi Tuhan. Didalam hati yang suci itu berada "Fuad" dan didalam fuad itu duduknya Jasmani yang menjadi tubuh insan batin kita. Oleh kerana itu, sekiranya seseorang itu mahu memperbaiki dirinya maka ia perlu mengenal hatinya dan tahu cara-cara mencuci hatinya.
Fuad itu hanya ada pada hati nurani (hati yang suci) bukannya ada didalam jantung sanubari. Manusia yang kotor itu tidak ada Fuad.
Dalam Mertabat, Allah taala berfirman : " Tiap-tiap yang bernyawa itu akan mati". Maka jasmani yang palsu (jasad kita) ini akan mati. Apabila mati ianya akan menjadi hancur iaitu akan menjadi makanan ulat dan cacing. Jika jasad kita (tubuh kasar) ini kotor, maka jasmani kita yang tulin pun menjadi kotor.
Jika jasad kita ini jahil, maka jasmani kita yang tulin pun menjadi kotor dan jahil. Jika jasad kita (insan zahir) ini alim, maka jasmani kita yang tulin kembali kepada taraf asalnya yang suci dan bersih dan mendapat kebahagian di akhirat.
Jasmani yang sebenar-benar diri kita inilah (menurut ilmiah Islam yang sebenar) yang perlu kita kenali, kerana dialah yang sebenar-benarnya "Asal kita". Dialah yang dimaksudkan Tuhan dengan firman-firmanNya :
1. Aku jadikan manusia itu dari sebaik-baik rupa
2. Hendaklah manusia itu memikirkan dari mana asalnya
3. Tuhan jadikan contoh bagi manusia itu dalam dirinya sendiri
4. Tidakkah manusia itu memikirkan apa yang ada dalam dirinya sendiri
Diri kita yang sebenar inilah yang dimaksudkan Rasullullah SAW yang sabdanya : "Barang siapa mengenal dirinya maka dia mengenal Tuhannya".
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment