Walaupun kita sibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diberitahu supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran. Membaca al-Quran setiap hari membuatkan seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa diingati pada hati dan fikiran kita adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak. Telah dikatakan bahawa syafaat Al-quran lebih hebat dari syafaat Nabi kerana Al-quran adalah Kalamullah.
Rasulullah SAW bersabda “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Al-Quran adalah senjata paling berkesan untuk membersihkan jiwa yang sering kali lalai kerana banyak melakukan dosa dan maksiat. Ibnu Umar r.a berkata, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Sekiranya kita tidak membaca Al-quran seperti yang dikehendaki Allah swt, di padang Mashyar nanti Al-quran akan datang pada kita untuk menuntut haqnya. Haq Alquran ada 4 iaitu :

1. Khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun
2. Tadabur - Menghayati dan memahami maknanya
3. Hafal - Menghafal ayat-ayat dan surah-surah yang perlu untuk dibaca dalam solat kerana menghafal Al-quran akan menyelamatkan kita di Masyhar nanti
4. Istiqamah - Membaca Al-quran setiap hari sekurang-kurang 2 atau 3 mukasurat setiap hari
Sekiranya perkara di atas dijadikan amalan hidup kita, kita akan berasa tenang dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang memelihara al-Quran. Begitulah besarnya ganjaran membaca al-Quran. Apatah lagi sekiranya al-Quran itu difahami dengan mendalam isi kandungannya.
Bagi menyamarakkan kemuliaan serta menghayati al-Quran, kita dikehendaki sentiasa membaca serta menghayati isi kandungan al-Quran. Ini kerana amalan membaca al-Quran itu dikira sebagai berzikir, (ia itu perkataan Allah) malah zikir al-Quran lebih utama daripada zikir yang lain.

Kongsi Ilmu : Zikir dari ayat-ayat al-Quran
1. Membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali antara waktu Maghrib dan Isyak
2. Membaca ayat Kurshi sebanyak 40000 kali
3. Baca Yasin 2 kali sehari (siang sekali dan malam sekali)
4. Baca Qulhuwallahu ahad 100000 kali (bebas dari azab api neraka)
Sebenarnya, begitu banyak kelebihan membaca ayat al-Quran kerana diakhirat nanti Ia akan menolong kita selain pertolongan dari Allah dan Shapaat Nabi,
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment