ULAMA ternama di Malaysia, Sheikh Dr. Ismail H. Kassim (SDIK) direncanakan akan berkunjung ke Aceh, pekan depan, tepatnya Selasa 20 April 2014 mendatang. Selama berada di Aceh ulama ini dijadwalkan akan bertemu dengan pimpinan dan tokoh keagamaan Aceh.
Selain itu berziarah ke makam-makam ulama, mengunjungi situs
tsunami dan situs sejarah Islam serta memberikan tausiah serta memimpin zikir
di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh, 21 April, bakda shalat Isya.
Sheikh Dr. Ismail Hj. Kassim dilahirkan di Sabah, Malaysia,
pada bulan Juni 1966. Beliau merupakan seorang dai’ Allah yang terkenal di
Malaysia dan di peringkat antara bangsa. Menjalankan kerja-kerja memanggil manusia
kepada Allah dan kepada iman kerana Allah semata-mata tanpa meminta apa-apa
upah di atas kerja ini.
Sheikh Dr. Ismail ialah Pengasas, Penasihat, penceramah
utama dan guru murshid kepada jemaah Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin (Perahmat)
di seluruh Malaysia. Beliau disokong dan diiktiraf oleh 150,000 gabungan ahli,
penyokong dan pengikut-pengikut Perahmat di seluruh dunia khasnya di
negara-negara ASEAN, India, Pakistan, danTimur Tengah. Lebih daripada 300 alim
ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah khusus dari India danTimur Tengah turut bergabung
dan menyokong kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh SDIK.
Sheikh Dr. Ismail telah mengarang lebih daripada 100 buah
buku dan manuskrip, berkaitan Ilmu Kalimah LaaIllahaIllAllah (KalimahTauhid),
Solatul Khusu’, ZikirNafasdan lain-lain subjek berkaitan iman dan aqidah.Contoh
buku utama beliau bertajuk “Kalimah Agung dari Allah Maha Agung” yang mempunyai
5,000 muka surat (buku ini dalam proses suntingan untuk percetakan); buku
solat khusyu’, dan lain-lain buku berkaitan iman dan aqidah. Beliau juga turut
penyampaikan ilmu-ilmu yang menjurus kepada peningkatan iman dan taqwa yang
bersumber kepada Al Qur’an dan Hadith.
Kerja-kerja beliau telah diiktiraf dan dimaklumi oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ( Kedua-dua VVIP ini
ialah mantan Perdana Menteri Malaysia). SDIK juga dimaklumi dan dikenali oleh
Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Agama dan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta ramai dikalangan alim ulama, di ASEAN,
India dan Pakistan, dan termasuk di Aceh sendiri, serta di Mekah dan Madinah.
No comments:
Post a Comment