1. IMAM MALIK
Sejarah menyaksikan begitu ramai pejuang Islam dipenjarakan oleh pemerintah kerana memperjuangkan kebenaran. Mereka tidak mengalah bahkan cekal atas pendirian mereka mempertahankan Islam. al-Imam Malik ditangkap kerana mempertahankan hadith yang disangkakan pemerintah sebagai menentang mereka. Kata al-Imam al-Zahabi:
“Lalu (Ja’far Gabenor Madina) memerintahkan agar al-Imam Malik ditangkap, dikenakan hukuman sebatan sehingga dikatakan terkehel tangan Malik daripada bahunya (akibat hukuman itu).
Begitu cekal al-Imam Malik berpegang pada pandangannya tentang hadith sehigga beliau ditangkap dan diseksa.
2. IMAM AL-SYAFIE

Al-Imam al-Syafie pula ditangkap kerana disangka cenderung kepada Syiah yang memberontak. al-Syafie diheret dari Yaman untuk dibicara di Baghdad. Menurut Ibn Hajar, kekuatan hujah serta ketinggian ilmu al-Syafie berjaya meyakinkan Khalifah al-Rasyid sehingga beliau dibebaskan. (Ibn Hajar, Tawali al-Ta’sis)
3. IMAM HAMBALI
3. IMAM HAMBALI
Al-Imam Ahmad pula dipenjara kerana menolak pandangan muktazilah ketika itu berkenaan al-Quran itu adalah makhluk. Kesannya Khalifah al-Makmun memerintahkan agar al-Imam Ahmad ditangkap, dipenjara dan dikenakan hukuman sebat. Malah al-Imam Ahmad dilarang dari mengajar. Ini semua berlaku kerana ketegasan beliau mempertahankan pendirian Islam yang menolak tafsiran Muktazilah tentang al-Quran.
4. IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah dikatakan dipenjara di zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur kerana menolak daripada dilantik sebagai Qadhi. Beliau bukan sahaja dipenjara malah dikenakan hukuman sebat. Lihatlah pendirian Abu Hanifah yang menolak dari diberikan jawatan dalam kerajaan. Bukan dipenjara kerana meminta untuk dilantik dalam sebagai pemimpin kerajaan.
Semoga Allah membimbing kita semua.

No comments:
Post a Comment