6 SIFAT SAHABAT : 2. Solat Khusyuk dan Khudu'

Maksud solat Khusyuk dan Khudu' ialah dapat bawa ketaatan dlm solat di luar solat. Dalam solat baca quran, di luar solat pun baca quran. Dalam solat tundukkan pandangan, luar solat pun tundukkan pandangan iaitu tawaduq. Contoh solat khusyuk macamana Saidina Ali dipanah ketika sedang solat tetapi beliau meneruskan solat kerana khusyuk dan tidak merasa kesakitan walaupun dipanah musuh.

Cara untuk dapat :

1. Dakwah dan ajak orang yang kita jumpa kepada solat
2. Amal dan perbanyakkan solat-solat sunat. 
3. Solat di awal waktu secara berjemaah di tempat yang diazankan iaitu di masjid dan surau.
4. Doa semoga Allah bagi kita hakikat solat.

Antara kelebihan menunaikan solat berjemaah :

1. Rezeki akan diberkati Allah
2. Azab kubur diangkat.
3. Menerima catatan amal sebelah tangan kanan.
4. Meniti titian Sirat sepantas kilat.
5. Masuk syurga tanpa hisab.


No comments:

Post a Comment