6 SIFAT SAHABAT : 5. Ikhlas Niat

Maksud Ikhlas Niat ialah buat sesuatu perkara baik semata-mata kerana Allah,dan tinggalkan sesuatu perkara buruk semata-mata kerana Allah.

Cara untuk mendapatkannya :

1. Dakwah orang yang kita jumpa tentang perkara ikhlas niat
2. Periksa niat kita sebelum, semasa dan selepas setiap amalan yang kita lakukan. 
3. Amalan yang kita lakukan hendaklah berterusan iaitu Istiqamah. Kemudian akan datang Ikhtiqlas iaitu sekiranya kita tinggalkan amalan itu tadi menyebabkan kita rasa kehilangan sesuatu (macam menyesal). Barulah ikhlas akan datang dalam diri kita. 
4. Doa semoga Allah bagi hakikat Ikhlas.

Kelebihan :

1. Membesarkan nilai ganjaran bagi setiap amalan. Contohnya sedekahkan sebiji tamar dengan ikhlas kerana Allah, Allah bagi ganjaran pahala sebesar gunung Uhud.
2. Ikhlas menyebabkan amalan sesorang diterima Allah.
3. Orang yang tidak ikhlas beramal (riak - untuk dilihat orang) akan dihumban ke dalam neraka dengan mukanya ditelangkup dan diseret ke tanah.




No comments:

Post a Comment