Pada pengematan saya tidak salah untuk menyebarkan sedikit ilmu yang dipelajari tentang ilmu Tarekat dan jalan-jalan kerohanian. Ini kerana, keadaan di Malaysia terlalu banyak ajaran tarekat yang sesat dan tidak diiktiraf oleh Kerajaan.
Tarekat Ilmu Kalam ini tidaklah saya sebarkan secara meluas sekadar ianya untuk diamalkan oleh diri sendiri dan disebarkan hanya kepada sahabat-sahabat yang saya kenali. Saya melakukan amalan ini kerana ia bermanfaat, menyampaikan ilmu dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah swt.
Secara tidak langsung tanggungjawab kita dalam menyampaikan dakwah melalui Ilmu dan Zikir dapat dilaksanakan kerana ilmu Tarekat ini berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Saya tidak begitu serius dan tidak mengetahui selok-belok tentang Ilmu Tarekat cuma saya cuba mempromosikan diri sendiri dan belajar asas dan cara-cara berzikir dari guru, dari kitab-kitab, dari pengalaman dan ini adalah sebahagian dari perintah Allah.
Saya banyak mengamalkan zikir-zikir dari kitab Fadhail Amal (Fadhilat Zikir) yang dikarangan oleh Maulana Zakaria al-Khandahlawi yang amat terkenal diseluruh dunia. Seterusnya saya dapat rasakan ilmu saya ini diterima oleh Allah swt dan kalau Allah swt tidak terima amal saya ini pun, ia tidak merosakkan iman saya.
Walaupun sudah lama (24 tahun) saya terlibat dengan usaha dakwah, saya mendapati masih terlalu banyak kekurangan kita ini untuk mengingati Allah melalui zikirullah dan tarekat. Oleh sebab itu saya mengajak keluarga dan sahabat-sahabat saya bahawa pentingnya Ilmu zikir selain dari Ilmu dakwah.
Zikir yang saya amalkan telah memberi kesan kepada kehidupan realiti saya iaitu saya merasakan ketenangan, dibebaskan dengan kesibukan dunia, alim dan berilmu dan untuk membebaskan diri ini dari azab neraka yang pedih. Jadi, marilah kita bersama-sama penuhkanlah masa kita dengan mengingati Allah dimana saja kita berada. Semoga semua amal ibadah kita diterima Allak swt.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment