Friday, 4 September 2020

Tingkatan tahap Orang Islam

Dalam agama Islam ada martabat masing-masing, inilah darjat yang kita sedang lakukan iaitu martabat yang Allah janjikan perantaraan nabi-nabi dan rasul-rasul sebagai ganti syurga.

1. Muslim - Orang Islam tapi melalaikan semua perintah Allah yang disebut belum mendapat hidayah petunjuk dari Allah. Banyak melakukan maksiat dosa kecil atau dosa besar dan tidak bertaubat serta melakukan maksiat dalam keadaan sedar.

2. Mukmin - ditujukan kepada orang beriman dan sentiasa bertaubat dan takut melakukan dosa besar dan tidak terlepas dari melakukan dosa kecil. Allah berfirman dlm Al-quran dan bersaksilah sesungguhnya orang yang berulang alik ke masjid itu ialah orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.

3. Soleh, Solihin dan Solihah - Orang yang soleh ialah mengamalkan 3 perkara. Pertama menyampaikan ilmu yang bermanfaat, rajin menginfakkan harta kejalan Allah dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.

4. Ikhlas - disebut orang yang ikhlas ialah Mukhlisin. Ikhlas ialah buat amalan semata-mata kerana Allah ataupun telah bertaubat dan taubatnya diterima Allah swt. Untuk dapat Ikhlas ada 3 perkara. Pertama sentiasa Istiqamah, kedua Ikhtislas iaitu sentiasa melakukan amalan kebaikan dan sekiranya tidak melakukan amal pada hari tersebut rasa macam tak sempurna. Ketiga Ikhlas iaitu membesarkan nilai amalan walaupun mensedekahkan sebiji kurma walaupun amalnya sangat sedikit.

5. Takwa - Takwa disebut Mutthaqin. Peringkat inilah yang perlu kita usahakan iaitu menjadi orang yang bertakwa. Allah menguji iman kita dengan dunia dan berkata hanya moga-moga kamu menjadi orang bertakwa (surah al-baqarah ayat 183). Takwa syariat hanya didapati pada alim ulama yang sentiasa bermujahadah dan kehidupan dunia ini hanya sementara dan mereka ini amat memahami dan berusaha untuk menyelamatkan umat ini dari kehidupan akhirat yang selama-lamanya. Mereka sangat sedikit tidur dan mengatakan kehidupan dunia ini sangat sementara.

6. Ehsan - Nabi telah ditanya tentang Ehsan. Baginda memberitahu Ehsan ialah beribadatlah kamu seperti kamu melihat Allah (Tuhan) dan sekiranya kamu tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.

Semoga ini bermanafaat.

Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment