Monday, 31 August 2020

Zikir 300pg 300ptg (Tasbihat)

Dalam usaha dakwah Tabligh ada satu amalan zikir yang dikenali zikir 300 pagi dan 300 petang. Ini ialah zikir harian yang diamalkan selepas Subuh (pagi) dan selepas Asar (petang). Amalan muslimin ini khasnya kepada pengusaha jemaah Tabligh (amalan umum harian). Amalan ini boleh diamalkan oleh setiap orang iaitu orang awam pun boleh kecuali mereka memang enggan amal.

Maksud zikir ialah mengingati Allah setiap masa dan keadaan.

Zikir 300 pagi dan 300 petang ialah baca 100 kali Tasbihat, 100 kali Selawat, 100 kali Istighfar.

Tanda kita cinta pada Allah kita zikir Subhanallah - Alhamdulillah - Laailahaillallah - Allahu Akbar 100 kali.
Tanda kita cinta pada Nabi kita selawat 100 kali.
Tanda kita cinta pada diri kita, kita Istighfar 100 kali.

PERTAMA : ZIKIR / TASBIHAT

Maksud Firman Allah SWT :
”Hai orang-orang yang beriman ! berzikirlah ( mengingat ) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” ( al-Ahzaab: 41- 42 ).

KEDUA : SELAWAT

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi (Muhammad SAW ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." ( Al-Ahzaab :56 )

Dari Jabir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” ( Riwayat Ibnu Majah )

Dari Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan ( dosa ) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” ( Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim )

KETIGA : ISTIGHFAR

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" ( an-Nisa' : 106 )

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" ( Riwayat Muslim ).

Hendaklah kita dakwahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam. Inshallah apa yang kita baca kita amal dan sampaikan kepada saudara kita yang lain.

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment