Setiap zikir yang kita amalkan mempunyai bilangan dan tertib yang tertentu. Bilangan dan tertib itu mengandungi fadilat dan kelebihan tersendiri. Semasa kita sekolah dahulu, ustaz tidak mengajarkan kita cara atau teknik berzikir yang perlu kita amalkan. Zikir yang biasa kita tahu ialah zikir tasbih Fatimah selepas solat 5 waktu. Inilah zikir mudah yang telah diajarkan kepada kita oleh ayah atau ibu kita. Zikir Fatimah ialah membaca :
33 kali Subhanallah,
33 kali Alhamdulillah
34 kali Allahu Akbar
Ayah kita tunjukkan cara berzikir menggunakan jari dan mengajar kita zikir menggunakan tasbih. Bilangan tasbih ini tidak boleh terkurang atau terlebih kerana zikir Fatimah telah ditetapkan 100 kali berdasarkan hadis Nabi, sekiranya kita membaca lebih atau kurang kita dianggap berdosa dan tidak mendapat pahala.
Ulama menyatakan tasbih Fatimah amat mudah untuk diamalkan tetapi ramai dari kita lalai dan cuai untuk mengamalkan zikir ini.Bukan sahaja kita lalai untuk beramal dengan zikir ini malahan solat yang wajib pun kita cuaikan. Nauzubillah.
Tasbih hendaklah diucap
dengan hati yang hadir, tanpa ada jarak diantaranya dengan solat ,
menghadap ke kiblat dengan kedudukan yang sama seperti ketika tashahhud ,
tahiyyat dengan berturutan. Dengan takbir ( Allahu
Akbar ) dan mengulanginya , terhasil satu perjalanan , dengan tahmid (
Alhamdulillah ) dan tasbih ( SubhanaAllah ) serta mengulanginya
terhasillah satu perjalanan dan peningkatan tingkatan-tingkatan tauhid
dan kerohanian.
Imam Sadiq a.s : Tasbih
Fatimah Zahra setiap hari setelah setiap solat lebih kusukai dari solat
seribu rakaat ( yakni solat sunat ) setiap hari.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment