Rasulullah s.a.w mengira zikir beliau dengan tangannya. Seorang sahabat wanita, Yusairah ra, beliau mengatakan, Nabi Muhammad berpesan hendaklah rajin bertasbih, bertahlil, mensucikan nama Allah. Janganlah lalai, sehingga melupakan rahmat. Kiralah dengan jari-jari kalian, kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara.
Makna kata mengira adalah mengira jumlah zikir. Cara yang diamalkan oleh Nabi ialah dengan meletakkan salah satu hujung jari pada berbagai ruas jari yang lain. Satuan dan puluhan dengan tangan kanan, sementara ratusan dan ribuan dengan tangan kiri. Allahu a’lam.
Mengira dengan tangan ada dua . Mengira dengan ruas jari dan mengira dengan jari. Menghitung dengan ruas jari, bentuknya adalah meletakkan hujung ibu jari para setiap ruas, setiap kali membaca dzikir. Sedangkan mengira dengan jari ialah jari digenggamkan kemudian dibuka satu persatu.
Rasullullah s.a.w mengira bacaan tasbih dengan tangannya. (dengan tangan kanannya). Sebahagian ulama menganjurkan untuk mengira zikir dengan jari-jari tangan kanan saja. Sebahagian ulama menilai bahwa tambahan ‘dengan tangan kanannya’ adalah tambahan yang lemah. Sebagaimana keterangan zikir dianjurkan untuk menghitung zikir dengan kedua tangan, kanan maupun kiri.
Zikir dengan tangan kanan hukumnya dianjurkan, meskipun boleh berzikir dengan kedua tangan dibolehkan. Kerana Rasullullah s.a.w suka menggunakan anggota badan yang kanan untuk hal yang baik. Rasullullah s.a.w suka mendahulukan bahagian yang kanan ketika mengenakan sandal, menyikat rambut, bersuci, dan dalam semua urusan beliau. Mengira zikir termasuk hal yang baik, sehingga dilakukan dengan tangan kanan, lebih baik.
Allahu a’lam. Selamat beramal
No comments:
Post a Comment