Tarikh Lahir : 13hb November 1976
Menetap : Temerloh , Pahang
Dahulunya pernah bersama Ahli Jemaah Tabligh di Kuala Lumpur. Mula mengikuti Jemaah Tabligh bermula pada tahun 1997 sehingga sekarang. Mula bergiat dalam jemaah semasa di Markas Sri Petaling telah mula mengenali Mua'limin-mua'lim dan Sura Malaysia. Antara tokoh ilmuan yang paling terkenal ketika itu antaranya Maulana Abd Hamid, Maulana Sharif (Markas Mengelembu), Dr. Nasuha , Syeikh Salim dan karkun-karkun tempatan.
Kemudian telah pergi ke Batu Gajah, Perak selama 6 bulan pada tahun 1999. Banyak jemaah telah dapat dibentuk ketika di sana sehinggalah Markas Mengelembu telah berpindah ke Pinji Perdana, Ipoh. Disinilah kami berdakwah bersungguh-sungguh sehingga khuruj selama 40hari di Pulau Pinang. Pernah bersama jemaah 4 bulan di Serdang, Selangor selama 10 hari dan sehingga kini ahli jemaah mereka tidak ditemui lagi.
Kerjaya
Sekarang bekerja sebagai anggota Kesihatan dan meneruskan dakwah dalam suasana sebagai seorang anggota Kesihatan dan sekali-sekala pergi ke Markas Tabligh di Jerantut bersama Dai'e-dai'e di kawasan Halqah Bandar Temerloh. Bersama jemaah ini kami telah pergi ke Terengganu selama 40hari kedua dan 40h ketiga di Johor. Telah banyak jemaah yang datang ke Bandar Temerloh antaranya jemaah dari Jitra, Kedah (4 bulan) , jemaah Kuala Lumpur, jemaah dari Kelantan dan sebagainya. Walaupun suasana Dakwah Tabligh di Temerloh timbul tenggelam, tapi jemaah yang datang ke Temerloh tetap sentiasa ada mahupun jemaah 3 hari.
Kini berkhidmat sebagai Penolong Kesihatan di Temerloh dan menjadi Imam di Kg. Chengal dan menumpukan kerja Tabligh di kawasan Temerloh.
Buku
- Ilmu Kalam
- Al - Karim
- 75 amalan Sunnah
- 5 Amal Masjid
- Pengamalan Ilmu dan Kalam
- Tazkiyah Ilmu Kalam
No comments:
Post a Comment