Ibadah Qiamullail sangat digalakan kerana ia merupakan amalan Nabi dan amalan-amalan mereka yang mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad saw. Sekiranya kita seorang Dai’e, amalan ini tidak boleh ditinggalkan, kerana malam harilah kita perlu berdoa kepada Allah sungguh-sungguh supaya Allah memberi hidayah pada kita dan pada orang yang kita dakwahkan. Malam hari berdoa macam tikus, siang hari berdakwah macam singa seperti Umar Al-Khattab.
Amalan solat Tahajud ini ialah amalan yang menunjukkan seseorang itu orang yang beriman, ikhlas, jujur dan beramal soleh sepanjang hidupnya. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan segala dosa-dosa mereka.
Zikir selepas Qiamullail / solat Tahajjud :
1. Subhanallah – 300 X
2. Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil A’zim – 300 X
3. Subhanallahi wabihamdih - 300 X
4. Subhanallahil A’zim – 300 X
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus (100) kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
Berdasarkan hadis itu, zikir ‘subhanallah wabihamdihi’ sekiranya dibaca 100 kali pada setiap hari, ganjaran besar menanti pengamalnya iaitu diampuni segala kesalahan dan dosa kecil yang dilakukannya pada masa lalu. Nabi SAW menyebutkan sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Kata ulama, kenapa Nabi SAW mengumpamakan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis.
Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika mereka mengamalkan zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan. Itu dikatakan fadilat yang besar yang diperoleh daripada amalan kecil. Inilah zikir yang dikatakan ringan di mulut berat ditimbangan dan sekiranya kita istiqamah beramal zikir ini, di hari akhirat nanti ia akan datang membantu kita disamping amal-amal yang lain.
Selain itu, fadilat zikir ‘subhanallahi wabihamdihi’ boleh diamalkan ketika diri risau tidak mampu bangun malam, takut untuk berinfak dan sedekah serta ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang. Malah, turut dinyatakan amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah SWT. Diharap kita dapat kekal istiqamah beramal dengannya.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment